Thursday 24 November 2016

Macaroni Mushroom Carbonara So Creamy

Assalamualaikum dan selamat tengah hari kawan kawan semua..Dah masak untuk makan tengah hari ke belum ?? Kejap lagi anak sekolah dah nak balik.Mesti diorang kelaparan kan.Itu anak laki saya lah ,yang selalu lapar sepanjang masa..hihihi

Kak Zai hari ni sebenarnya memang blur sangat tak tau nak masak apa.Apa apa pun anak wajib kena makan nasi lepas balik sekolah.Tapi tekak Kak Zai hari ni rasa macam tak nak makan nasi lak.

Apa lagi,zasss masuk dapur tengok stok apa yang ada dalam almari dapur tu.Ada macaroni,prego carbonara ..Okey ,ngam cantik.Idea dah datang..

Tak sampai 20 minit..Taraaa siap dah Macaroni Carbonara Mushroom Sangat Creamy



Syifa dah makan dulu..Budak budak suka sangat kalau carbonara ni sebab ianya tak pedas rasa lemak lemak gitu.Korang nak resipinya tak? Haa mesti ada yang nak kan..Biasa macam tu la..resipi please sis..hihii

Bahan bahan :
Macaroni 1paket - direbus siap siap bersama sedikit minyak masak ataupun marjerin dan Kak Zai letak garam secubit je

Untuk Sosnya :
A
1 tin Prego Carbonara Mushroom
1 biji Bawang Hoolan - dipotong dadu
3 ulas Bawang putih - Ketuk dan potong dadu
1 sudu kecil Serbuk Lada hitam (kalau nak pedas boleh tambah)
Tumis bahan A sekejap jangan sampai garing tau.
Masukkan daging hancur...tunggu sampai masak.
Masukkan sosej atau apa jenis lauk yang korang suka.Janji sedap
Tunggu lauk lauk masak baru masukkan sos prego.
Masukkan susu cair.Agak agak je nak creamy banyak mana hihi
Masukkan mushroom yang dipotong dadu.
Lada Banggala Hijau dan merah
Garam dan gula.
Cukup rasa Maggi

Dah siap.Ni resipi ikut sedap Kak Zai tau..Nak guna cara lain pun boleh..Tak kisah mana mana..Yang penting kena masak dengan ikhlas dan sebelum masak tu kena berselawat keatas Nabi kita๐Ÿ˜„In shaa Allah pasti jadi..

posted from Bloggeroid