Saturday 13 February 2016

10 Tanda Awal Anda Ada Penyakit Buah Pinggang !! Hati Hati tau...

Semakin hari semakin ramai penghidap buah pinggang dinegara kita.Dan ramai juga yang ambil mudah atau sambil lewa dengan masalah buah pinggang ini.Ingat,ianya boleh membawa maut !!

Kebanyakkan penyakit ini dapat dikesan bila ditahap Dah teruk.Ramai juga pelanggan atau pesakit buah pinggang yang hubungi saya sudah ditahap 3 atau 4.Bila Dah tahap itu memang agak susah untuk diubati kecuali dengan izinNya Dan pengambilan supplement yang sesuai.



Hari ini saya nak kongsikan dengan ANDA semua, 10 tanda awal anda ada penyakit buah pinggang.

1. Perubahan dalam pembuangan air kencing. 

Lihat pada kekerapan pembuangan air kencing samada anda kencing dengan kerap atau kurang kerap dari kebiasaan. Perhatikan juga jika terdapatnya darah di dalam air kencing anda.


2. Keletihan melampau sepanjang masa. 

Kegagalan buah pinggang tidak dapat menghasilkan hormon yang mencukupi untuk tubuh menghasilkan sel darah merah. Tanda penghasilan sel darah merah yang mencukupi boleh menyebabkan anemia dan akibatnya anda akan mengalami keletihan yang melampau.


3. Pembengkakan pada salah satu anggota di tubuh badan. 

Buah pinggang yang sihat akan berfungsi untuk mengeluarkan bendalir yang berlebihan dari badan anda. Dan sebaliknya akan berlaku sekiranya buah pinggang anda mengalami kegagalan.


4. Mengalami ruam dan kegatalan. 

Kegagalan buah pinggang untuk mengeluarkan sisa-sisa buangan dari tubuh anda akan menyebabkan anda mengalami kegatalan yang teruk.


5. Ada rasa seperti logam di dalam mulut. 

Ini adalah salah satu tanda-tanda awal kegagalan buah pinggang. Ianya juga berlaku disebabkan oleh terkumpulnya sisa buangan di dalam darah.


6. Mengalami loya dan muntah-muntah. 

Ini juga disebabkan oleh pengumpulan sisa-sisa buangan di dalam darah.


7. Berasa sejuk sepanjang masa. 

Mereka yang mengalami anemia mungkin akan berasa kesejukan sepanjang masa walaupun dalam cuaca yang panas.


8. Kesukaran untuk bernafas. 

Ini tanda awal penyakit buah pinggang yang mungkin disebabkan oleh anemia atau pengumpulan bendalir di dalam paru-paru.


9. Berasa sakit di bahagian belakang atau tepi sebelah bawah. 

Ini adalah tempat terletaknya buah pinggang anda. Beberapa bentuk penyakit buah pinggang boleh menyebabkan ketumbuhan yang akan mewujudkan rasa sakit pada buah pinggang.


10. Kerap berasa pening kepala. 

Ini boleh disebabkan oleh anemia yang mengakibatkan kekurangan oksigen di dalam otak.


Kebanyakan dari tanda-tanda awal penyakit buah pinggang juga merupakan tanda kepada penyakit-penyakit lain. Jadi sekiranya anda merasakan anda mungkin mengalami masalah buah pinggang, jalan yang pasti untuk mengetahuinya hanyalah dengan berjumpa doktor untuk melakukan pemeriksaan.


ANDA juga boleh mengamalkan supplement dari Shaklee iaitu Tonic Terlajak Natural.Sesuai untuk semua jenis penyakit Dan juga untuk kecantikan dalaman Dan luaran.

Vivix tidak bertindak sebagai ubat, tetapi ia lebih kepada makanan / suplemen (minuman) yang mengandungi resveratrol yang mempunyai kemampuan untuk melawan pelbagai penyakit kronik dan memperbaiki serta melindungi sel pada tahap DNA.

Jika berminat boleh hubungi saya ditalian 017-3954394 ( Pn Zai )

posted from Bloggeroid