Monday 11 January 2016

5 Punca Utama Sakit Buah Pinggang Boleh Terjadi

Jika Anda semua nak tahu atau memang Dah ramai yang sedar akan masalah buah Pinggang,setiap hari semakin ramai Penghidap Buah Pinggang. Ia salah satu daripada organ yang paling penting dalam tubuh kita, buah pinggang perlu dijaga dengan sebaiknya.


Sakit buah pinggang dan buah pinggang yang rosak biasanya tak dapat dikenalpasti sehinggalah berlarutan bertahun-tahun kerana buah pinggang masih mampu melakukan fungsinya walaupun yang tinggal cuma 20% daripada kemampuan asalnya.


Buah pinggang kita sangat-sangatlah penting kepada kesihatan. Buah pinggang ni berfungsi untuk menapis darah, menghasilkan hormon, menyerap mineral, menghasilkan air kencing, menyahtoksin dan meneutralkan asid.

Mungkin sebab ni lah ramai yang lambat perasan tentang masalah sakit buah pinggang yang mereka hidapi dan ramai juga yang tak tahu tentang apa yang jadi punca sakit buah pinggang ni. Sakit buah pinggang juga dikenali dengan nama pembunuh senyap (silent killer).

 Jadi, sangatlah penting untuk menjaga kesihatan buah pinggang sebelum terlambat.Banyak tanda-tanda yang boleh terjadinya penyakit buah Pinggang ni Sebenarnya.

Di bawah ni saya senaraikan 5 perkara yang boleh menjadi punca sakit buah pinggang dan mempengaruhi tahap kesihatan buah pinggang yang sangat perlu diambil berat.


1 ) TIDAK MINUM AIR YANG CUKUP


Fungsi paling penting buah pinggang ialah menapis darah dan menyahtoksin serta bahan buangan. Tapi apabila kita tidak minum air kosong yang cukup, toksin dan bahan buangan tu akan mula menimbun dan boleh menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan juga organ lain dalam tubuh.


2 ) DIET TINGGI GARAM (SODIUM)


Tubuh kita memerlukan garam (sodium) untuk berfungsi dengan baik. Tetapi kebanyakan daripada kita mengambil garam yang berlebihan dalam diet yang boleh menyebabkan tekanan darah tinggi dan memberikan tekanan dan bebanan yang tinggi kepada buah pinggang. PERATURAN PENTING yang perlu diingat ialah, MAKAN TIDAK LEBIH DARIPADA 5 GRAM GARAM SEHARI.


3 ) SELALU BERTANGGUH MEMBUANG AIR KECIL (MENAHAN KENCING)



Mummyyy..takut nak kencinggg

Ramai diantara kita yang jarang ambil peduli bila rasa nak kencing terutama bila terlalu sibuk atau nak mengelak daripada menggunakan tandas awam (bukan rasa nak terkucil tau… ini memang harus berkejar ke tandas jadinya… hahaha). Kerap menahan kencing akan meningkatkan tekanan urin dan boleh membawa kepada masalah kegagalan buah pinggang dan batu karang. Jadi, bila rasa nak kencing tu tolonglah jangan tangguh-tangguh yer… nampak macam perkara kecil tapi tak berbaloi menahan kencing sebab ia boleh menjadi punca sakit buah pinggang.


4 ) KEKURANGAN VITAMIN DAN MINERAL PENTING


Mengamalkan diet yang yang mengandungi sayuran segar dan buah-buahan adalah sangat penting kepada kesihatan menyeluruh dan memastikan fungsi buah pinggang yang baik. Kekurangan vitamin dan mineral boleh meningkatkan risiko batu karang dan jadi punca sakit buah pinggang. Vitamin B6 dan magnesium adalah contoh VITAMIN PENTING untuk mengurangkan risiko batu karang.


5 ) PENYALAHGUNAAN PIL TAHAN SAKIT (PAINKILLER)


Macam macam jenis pain killer ada..


Ramai orang yang sakit sikit-sikit pun suka ambil pil tahan sakit sedangkan ada banyak cara lain yang lebih selamat untuk mengatasi kesakitan tersebut. Pengambilan pil tahan sakit yang berlebihan akan menyebabkan kerosakan hati dan buah pinggang yang teruk.

Yang no 5 ni memang ramai yang amalkan untuk menahan kesakitan.Doctor sendiri menasihati saya supaya JANGAN sesekali amalkan pain killer jika sedang sakit.Tetapi jika terpaksa boleh diambil cuma JANGAN terlalu kerap Dan dos yang banyak.

Dibawah ini ialah antara supplement yang mampu mencegah atau merawat masalah buah pinggang.





Untuk kekal sihat, ingat 5 perkara penting di atas, amalkan diet sihat, pengambilan vitamin dan mineral yang cukup dan hiduplah dengan sihat dan gembira.Semoga Ia Bermanfaat untuk kita semua



Untuk lebih LANJUT boleh hubungi saya Pn Zai ( Ibu Manis Anda )

SMS | Call | Whatsapp: 017 - 3954394

2 comments:

  1. Bahaya batu karang ni.
    Walaupun ada 2 buah pinggang, kena jaga elok-elok.

    ReplyDelete
  2. bahaya kalau makan pil sesuka hati alahai..moga mudahkan hendaknya ...

    ReplyDelete