Saturday 23 January 2016

Resipi Ayam Masak Sweet Sour Paling Mudah Nak Buat

Assalamualaikum Dan selamat Tengahari,

Masak apa Ibu ibu semua Hari ini? Atau dah siap masak,dah lunch pun kan..hihi. .Saya pula pagi tadi dalam kepala tengah blank duk fikir nak masak apa,akhirnya dapat siap jugak buat Ayam Masak Sweet Sour.Alhamdulillah, sedap pula rasanya Walaupun resipi ini main campak campak Dan main taruk je.


Alkisahnya,dalam fridge hanya ada ayam Dan isi ayam SAHAJA.Tiada lauk lain Dah,nak keluar pergi pasar malasnya rasa.Jadi,saya masak apa yang ada jer.Lagi satu,kalau bab isi ayam ni kan,saya tau ramai yang tak berapa menggemarinya kan.Ada sesetengah ibu tu,dia sanggup buang isi ayam tu sebab kalau masak dia sekeluarga memang tak akan makan.

Inilah Dada ayam 


Untuk masak ayam Sweet Sour ni,Korang nak tau tak macam mana resipinya?Kalau yang Dah tau tu,tak apa.Saya boleh kongsikan pada yang belum tau lagi ye.Dan kadang tu,lain orang lain cara masaknya.Okey,tak kisah mana mana pun,yang penting mesti sedap Dan makan sampai licinnnn. Hihii


Bahan-Bahan yang diperlukan :

300gram Isi atau dada ayam (potong dadu),
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil Serbuk black pepper
capsicum hijau/merah/kuning (terpulang)
1 biji bawang besar ( dipotong dadu )
3 ulas bawang putih ( diketuk2 aje )
1 inci halia,
1 biji tomato ( potong dadu )
1 sudu besar sos ikan
4 sudu besar sos cili
2 sudu besar cili kisar
Nenas, potong dadu (pilihan anda)
Daun Kari (terpulang)
Daun bawang
Garam dan gula secukup rasa

Cara Penyediaan:

Perap ayam yg telah dipotong dadu bersama serbuk black pepper dan garam selama 1/2 jam atau beberapa minit pun sudah cukup.

Gaulkan isi ayam di dalam tepung tadi dan goreng sehingga garing.
Angkat dan sejukkan.

Untuk kuahnya :

Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih,daun Kari, halia dan cili kisar sehingga pecah minyak.

Masukkan sos cili, nenas dan sos ikan.

Tuang sedikit air dan masak sehingga pekat.

Masukkan ayam goreng tadi bersama tomato,capsicum, bawang besar, garam dan gula secukup rasa.

Angkat dan hidangkan bersama sedikit hirisan daun bawang atau cili merah.



Okey,Dah siap..

Sedikit pesanan ikhlas 😊

*Untuk daun Kari tu,saya main masuk je sebab Dah ada daun Kari dalam fridge, nasib rasa nya tak berubah malah makin sedap rasanya.

*Kuah akan sedikit pekat Selepas dimasukkan isi ayam tadi.

*Resipi ini tidak pedas sebab kami sekeluarga tidak suka pedas,kalau Ibu Ibu nak pedas,boleh letak 5biji cili padi yang diketuk tu semasa menumis awalnya tu,ermm pasti berapi api nanti masakan Anda hihii.

Okey selamat Mencuba..Anak anak Dan suami pasti menggemarinya Dan makan sampai menjilat jari gitu.Yang penting,kita kena memasak dengan Hati yang tenang dan ikhlas,dimulakan dengan Bismillah Dan selawat keatas Nabi,In shaa Allah,saya pasti sesiapa yang tak pandai masak pun,masakan Anda akan jadi lazat Dan berkhasiat !!

Wednesday 20 January 2016

Resipi Kek Coklat BerSos Kastard Terlajak Sedap

Assalamualaikum Dan selamat tengahari...

Bila mood rajin datang tak boleh nak kata apa Dah.Hari Hari share entri pasal makanan aje kan .hihi .Tak apa,sharing is Caring betul tak?Apa apa pun,Hari nak kongsikan resipi Kek Coklat Bersos Kastard.

Sebenarnya,saya sendiri tak pernah rasa,tak pernah tengok kek coklat bersama sos kastard.Asalnya,Hari sebelum tu saya buat Puding roti kastard,ada lebih sos kastard tu saya pun tuangkan kat atas kek coklat yang saya buat Hari ni.Ermmmm rasanya not bad..manis lemak berkrim..sedap sedap gitu..hihii

Korang nak tau tak saya buat macam mana?Alaaa resipi saya ni suka main campak campak jugak,asal sedap tak tekak ni,maka jadilah dia.Okey,untuk resipi kek coklat tu macam biasa yang saya Dah kongsi sebelum ni.Kek Coklat Moisttttt

Hari ni saya nak kongsi kan cara cara untuk masak sos Kastard tu je.Bahan bahan pun sangatlah mudah ye :

1 tin susu cair
1/4 tin air (guna tin susu cair tadi)
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar gula halus
1 sudu teh esen vanilla


Caranya :

Masukkan semua bahan dalam periuk atau kuali pun boleh.

JANGAN bukak api lagi tau !!!

Kacau biar sebati..
Barulah bukak api dengan perlahan.Kacau JANGAN berhenti.
Takut nanti sos berketul.
Dah likat bolehlah tutup api

Dah siap tu,bolehlah tuangkan atas kek coklat tadi



Ini Dah siap kena potong awal awal Oleh Anak saya,tak sabar nak rasa resipi baru ibu katanya..



Tips Sempoi :

Resipi ni boleh rasa sesuka Hati kalau rasa kurang manis boleh tambah gula atau susu.
Kalau rasa Manis boleh tambah susu cair.
Dan kalau terketul tu,saya blend ajer sos tu nanti akan jadi Cantik jugak. Hihii

Okey selamat Mencuba !!
posted from Bloggeroid

Resipi Sandwich Telur Sedap Dan Paling Mudah,Main Campak Dah Jadi

Assalamualaikum Dan salam sejahtera,

Setiap Hari kepala ni duk fikir kan apa nak masak esok Hari,nak bawa apa bekal untuk Anak sekolah esok Dan esok..Macam ni lah kerja kita sebagai seorang Ibu.Memang sentiasa akan pening kepala kalau fikir bab masak.


Nawaitu saya tahun ini Dan seterusnya memang nak bekalkan Anak Anak makanan ke sekolah setiap pagi.Bukan apa,makanan kat kantin tak berapa nak digemari sangat sebab Dahlah mahal Dan rasa pun tak berapa nak sedap sangat.


Jadi,Cara alternatifnya saya kenalah rajin memasak setiap Hari..hihii.Kalau dah hari hari masak tu,faham faham aje lah ye,pening duk fikir menunya.Nasib baiklah sekarang zaman canggih manggih,semua boleh di Google,taip aje nak masak apa terus keluar..hihi..


Nanti saya akan kongsikan menu yang mudah dan senang Untuk Ibu ibu memasak dirumah setiap hari 😁.Untuk Hari ini,saya bekalkan Roti Sandwich Telur aje..Dah lama sangat tak buat,sekali makan memang marbeles rasanya..Sapa nak puji kalau bukan diri sendiri kan..hihii


Tapi resipi ni saya Dah ubah suai sikit sebab nak ikut tekak sendiri.Cadangnya letak cheese,tapi cheese takde pulak..maka buat ajelah apa yang ada kat dapur tu. Oh ya,sandwich ni kalau kat kedai 2 keping Dah rm3 tau..kalau buat sendiri sangatlah jimat.Dapat makan dengan sepuas Hati lagi..


                                        RESEPI SANDWICH TELUR


                                                    Bahan-bahan :


                                     Roti Gardenia (buang kerak roti)

                       4biji Telur rebus (dikupas kulit dan lenyek )
Mayonis (saya letak 5 sudu besar)
1biji Tomato ( saya dadukan)
Lada Banggali 3warna ( kuning,merah dan hijau saya dadukan)
Gula ( secukupnya rasa )
Garam (secubit, saya tambah)
Lada Sulah ( secukupnya rasa )
Butter (untuk disapu pada roti)

Cara-cara :

Lenyekkan telur rebus agak agak hancur sedikit.
Masukkan garam,lada sulah,gula.
Masukkan lada Banggali Dan semua bahan bahan yang lain.

Saya buat 2 bekas sebab Anak tak suka makan lada Banggali tu

Barulah masukkan mayonis.


Kacau sampai sebati.
Sapukan roti dengan butter, sudukan inti telur rebus atas roti, tutup dengan sekeping lagi roti.
Potonglah ikut suka Hati Ibu masing masing ye..


Opss..JANGAN pandang pada rupa ye..hihi kena rasa dulu baru tau !

Sedia untuk dimakan...lazatnya tak terkata...muaahh..Haa...Anak pasti menggemarinya !!

Selamat Mencuba..

Tuesday 19 January 2016

Puding Kastard Berkuah Paling Sedap dan Lain dari yang Lain

Assalamualaikum selamat tengahari semua...

Ya Allah,musim panas sekarang ni,kejap hujan tapi kalau panas tu,yang amat rasanya,Nak bukak mata pun tak boleh.Rasa perit.Saya macam biasalah kalau Hari sekolah panas Ke hujan Ke kena redah jugak sebab nak ambik Anak-anak syurga ku.

Sebelum pergi ambik mereka kat sekolah,makanan tengahari kena pastikan Dah siap,sebab nanti kang ada yang marah,kebulur lapar sangat dah.Menu setiap Hari tak pernah sama sebab kami sekeluarga memang jenis cepat jemu kalau makan lauk atau menu sama.Contoh kalau minggu ni Dah masak Kari,jadi tak boleh 2kali kari pada minggu ini..

Okey,hari ini saya tetiba teringin Pusing Kastad.Tapi sebab Dah ada susu cair,maka jadilah berkuah.Ianya Dessert simple dan sedap! Pada sesiapa yang rajin tu boleh la buat esok untuk raya haji, pasti teruja tetamu yg datang berkunjung..

PUDING KASTARD BERKUAH


Bahan-bahan :

10 gm serbuk agar-agar
4 cawan air
1 tin susu cair
1 1/2 cwn gula halus
1 cwn tepung kastard di bancuh dgn 1 cawan air
beberapa biji ceri merah utk hiasan
1 sudu kecil perasa vanila

Cara-cara :
Masak agar2 dan gula bersama air hingga didih dan gula larut.
Tuangkan susu cair
Tuangkan esen vanila
bancuhkan tepung kastard dan air
Kemudian tapis dan tuangkan kedalam adunan puding tadi.
Kacau adunan sehingga hampir pekat.
Apabila telah masak tuangkan ke dalam acuan kecil.
Biarkan sejuk.

* Untuk larutkan agar2 tu, masukkan agar2 dulu dalam periuk kemudian baru masukkan air. Pas tu kacau rata supaya tidak berbentil. Kemudian baru letak atas dapur.

Untuk versi ketupat ni gunakan acuan tuk buat coklat bentuk ketupat. Ambil sedikit puding dan warnakan dgn hijau. Pastu masukkan dlm piping bag. Titikkan pada petak2 ketupat berselang seli. Tunggu sejuk baru tuangkan kastad yang berwarna kuning. hati hati kerana puding ni panas.

KUAH KASTARD


1 tin susu cair
2 gelas air
5 sudu besar gula pasir
secubit garam
1 sudu besar tepung kastard
1 sudu teh esen vanila
fruit coktail - untuk hiasan

Masak susu, air dan gula dgn api yg perlahan sampai didih. Bancuh tepung kastard dengan sedikit air dan tuangkan dalam adunan kuah. Tambahkan secubit garam dan esen vanila
Biarkan kuah mendidih.
Biarkan sejuk masukkan dlm peti ais supaya sedap di makan bila sejuk.



Untuk menghidang masukkan kuah dlm mangkuk besar. Letakkan ais dan fruit coktail dan letakkan puding kegemaran tadi dan siap utk di hidangkan.

Selamat Mencuba !!!
posted from Bloggeroid

Monday 11 January 2016

5 Punca Utama Sakit Buah Pinggang Boleh Terjadi

Jika Anda semua nak tahu atau memang Dah ramai yang sedar akan masalah buah Pinggang,setiap hari semakin ramai Penghidap Buah Pinggang. Ia salah satu daripada organ yang paling penting dalam tubuh kita, buah pinggang perlu dijaga dengan sebaiknya.


Sakit buah pinggang dan buah pinggang yang rosak biasanya tak dapat dikenalpasti sehinggalah berlarutan bertahun-tahun kerana buah pinggang masih mampu melakukan fungsinya walaupun yang tinggal cuma 20% daripada kemampuan asalnya.


Buah pinggang kita sangat-sangatlah penting kepada kesihatan. Buah pinggang ni berfungsi untuk menapis darah, menghasilkan hormon, menyerap mineral, menghasilkan air kencing, menyahtoksin dan meneutralkan asid.

Mungkin sebab ni lah ramai yang lambat perasan tentang masalah sakit buah pinggang yang mereka hidapi dan ramai juga yang tak tahu tentang apa yang jadi punca sakit buah pinggang ni. Sakit buah pinggang juga dikenali dengan nama pembunuh senyap (silent killer).

 Jadi, sangatlah penting untuk menjaga kesihatan buah pinggang sebelum terlambat.Banyak tanda-tanda yang boleh terjadinya penyakit buah Pinggang ni Sebenarnya.

Di bawah ni saya senaraikan 5 perkara yang boleh menjadi punca sakit buah pinggang dan mempengaruhi tahap kesihatan buah pinggang yang sangat perlu diambil berat.


1 ) TIDAK MINUM AIR YANG CUKUP


Fungsi paling penting buah pinggang ialah menapis darah dan menyahtoksin serta bahan buangan. Tapi apabila kita tidak minum air kosong yang cukup, toksin dan bahan buangan tu akan mula menimbun dan boleh menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan juga organ lain dalam tubuh.


2 ) DIET TINGGI GARAM (SODIUM)


Tubuh kita memerlukan garam (sodium) untuk berfungsi dengan baik. Tetapi kebanyakan daripada kita mengambil garam yang berlebihan dalam diet yang boleh menyebabkan tekanan darah tinggi dan memberikan tekanan dan bebanan yang tinggi kepada buah pinggang. PERATURAN PENTING yang perlu diingat ialah, MAKAN TIDAK LEBIH DARIPADA 5 GRAM GARAM SEHARI.


3 ) SELALU BERTANGGUH MEMBUANG AIR KECIL (MENAHAN KENCING)



Mummyyy..takut nak kencinggg

Ramai diantara kita yang jarang ambil peduli bila rasa nak kencing terutama bila terlalu sibuk atau nak mengelak daripada menggunakan tandas awam (bukan rasa nak terkucil tau… ini memang harus berkejar ke tandas jadinya… hahaha). Kerap menahan kencing akan meningkatkan tekanan urin dan boleh membawa kepada masalah kegagalan buah pinggang dan batu karang. Jadi, bila rasa nak kencing tu tolonglah jangan tangguh-tangguh yer… nampak macam perkara kecil tapi tak berbaloi menahan kencing sebab ia boleh menjadi punca sakit buah pinggang.


4 ) KEKURANGAN VITAMIN DAN MINERAL PENTING


Mengamalkan diet yang yang mengandungi sayuran segar dan buah-buahan adalah sangat penting kepada kesihatan menyeluruh dan memastikan fungsi buah pinggang yang baik. Kekurangan vitamin dan mineral boleh meningkatkan risiko batu karang dan jadi punca sakit buah pinggang. Vitamin B6 dan magnesium adalah contoh VITAMIN PENTING untuk mengurangkan risiko batu karang.


5 ) PENYALAHGUNAAN PIL TAHAN SAKIT (PAINKILLER)


Macam macam jenis pain killer ada..


Ramai orang yang sakit sikit-sikit pun suka ambil pil tahan sakit sedangkan ada banyak cara lain yang lebih selamat untuk mengatasi kesakitan tersebut. Pengambilan pil tahan sakit yang berlebihan akan menyebabkan kerosakan hati dan buah pinggang yang teruk.

Yang no 5 ni memang ramai yang amalkan untuk menahan kesakitan.Doctor sendiri menasihati saya supaya JANGAN sesekali amalkan pain killer jika sedang sakit.Tetapi jika terpaksa boleh diambil cuma JANGAN terlalu kerap Dan dos yang banyak.

Dibawah ini ialah antara supplement yang mampu mencegah atau merawat masalah buah pinggang.





Untuk kekal sihat, ingat 5 perkara penting di atas, amalkan diet sihat, pengambilan vitamin dan mineral yang cukup dan hiduplah dengan sihat dan gembira.Semoga Ia Bermanfaat untuk kita semua



Untuk lebih LANJUT boleh hubungi saya Pn Zai ( Ibu Manis Anda )

SMS | Call | Whatsapp: 017 - 3954394