Thursday 8 October 2015

Resipi Roti Arab Goreng yang Sangat Gebu dan Lembut

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sebenarnya dah lama nak share resipi Roti Arab ni tapi memanjang je lupa..dalam list nak update entri banyak sangat hihii.Petang tadi saya buat lagi roti ni memandangkan kuah kari tulang saya masih banyak.

Okeylah,dipendekkan ceritalah ye, saya ni kira penggemar roti jugakla..terutama roti yang panas-panas,memang nikmat sungguh kalau dapat makan..Tapi kalau beli dekat kedai mana nak jumpa yang panas kan,kecuali kedai bakeri yang baru masak haaa itu kalau saya nampak memang takkan lepas peluanglah..terus beli.

Saya ingatkan susah sangat nak buat roti ni,rupa-rupanya senang je.Sambil dukung baby boleh buat tau.Yang penting buat makanan ni anak anak pun suka.Zaman sekarang kita google je,banyak sebenar resipi nak buat roti ni.Tapi saya tertarik dengan roti arab goreng ni.Sangat mudah nak buat dan bahan-bahan pun senang je.Maaf saya tak dapat nak ingat dari blog mana resipi yang saya ambik ni..mohon halalkan ye.

Nak kongsi cerita sedikit ye,saya suka kalau tetamu datang kat rumah..tapi selalu je pening kepala duk fikir nak masak apa ye nak masak apa ye..Tapi sekarang kalau tetamu bagitau awal awal nak datang rumah,saya terus bancuh adunan roti ni..perap sejam lebih gitu dah boleh digoreng.Di makan pulak dengan kuah kari atau sambal bilis.Fuhh..memang marvelouslah.

Resipi Roti Arab Goreng..ada yang panggil roti puri kan..Mana mana je la ye,janji sedap dan mudah.. betul tak.




BAHAN-BAHANNYA:


2 1/2 cawan tepung gandum (250 gm)

1 sudu teh yis mauripan

1 sudu besar gula

1 sudu besar mentega

1 sudu besar minyak ( guna minyak zaitun)

125 ml air suam (1/4 botol kecil air mineral)

secubit garam


CARA MEMBUATNYA:


1.  Ayak tepung bersama yis dan gaulkan supaya yis menjadi rata.

2.  Satukan semua bahan lain ke dalam air suam dan larutkannya.

3.  Masukkan air bancuhan tadi ke dalam tepung dan uli hingga menjadi doh

     yang lembut dan licin.

4.  Tutup mangkuk adunan dengan kain yang dibasahkan selama 1 jam.

     (saya guna kain lampin anak yang dah tak dipakai tuu)

5.  Kemudian uli semula doh dan bahagikan kepada 10 bahagian.

6.  Canaikan doh setebal 1/4 cm dan goreng dalam minyak yang

     sederhana panas.  Bila sudah kembung baru dialihkan ke bahagian

     belakangnya. Cara menggoreng roti ini ada caranya tau..Anda boleh google ye..

7.  Goreng sebiji sebiji sehingga habis.

8.  Hidangkanya dengan kuah kari, sambal ikan bilis atau kuah kacang..

     Semuanya sedapppp....Dengan sambal belacan pun sedap...

Okey,selamat mencuba
posted from Bloggeroid