Sunday 5 July 2015

Mengantuk Sangat Sampai Tersengguk-sengguk atas Meja Ofis..Apa Nak Buat ye??

Bila bulan ramadhan ni,tetiba teringat masa kerja kat ofis dulu.Bila masuk pukul 11 pagi,mata dah mula buat hal.Tak boleh nak bukak..Biasa kalau tak puasa ada saja makanan yang dikunyah.Tiadalah mengantuk sangat.Dalam hati fuhh tak sabarnya nak pergi surau nak tidur. Saat yang paling bahagia rasanya dapat tidur tengah hari kalau puasa ni.

Tapi itu dulu,masa kerja dulu.Sekarang kalau mengantuk sangat bila bila masa boleh tidur.Dapat lelap 5 minit pun dah memadai..Kualiti tidur yang bagus amatlah penting, terutamanya bagi yang bekerja di pejabat. Ini kerana corak tidur seseorang kadangkala akan mempengaruhi cara kita membuat keputusan dan juga mempengaruhi mood kita sepanjang hari.

Tabiat tidur yang tidak bagus akan menyebabkan rasa mengantuk yang melampau di siang hari.Untuk anda yang seringkali mengalami masalah mengantuk di siang hari,saya nak kongsikan tips supaya anda tidaklah mengantuk sangat kat tempat kerja..kan


1) Bersenam
– Lakukan senaman ringan dan adalah lebih baik dilakukan di luar kerana menurut pakar, cahaya matahari amat membantu. Oksigen yang dihirup ketika bersenam boleh menyegarkan badan dan menghilangkan rasa mengantuk.

2) Tidur malam yang cukup
– Pastikan anda mendapat tidur yang cukup di malam hari supaya dapat kekal cergas dan produktif di siang hari.

3) Waktu tidur dan bangun pagi yang konsisten
– Disiplinkan diri anda untuk tidur dan bangun pagi pada sekian-sekian jam. Contohnya tidur pada pukul 10 malam dan bangun pada pukul 6 pagi setiap hari. Dengan ini, anda akan melatih diri anda menyesuaikan diri dengan corak tidur yang lebih sihat dan berkualiti.

4) Tidur lebih awal
– Jika anda seorang yang suka berjaga malam, latih diri anda untuk tidur lebih awal dari yang sepatutnya. Mulakan dengan tidur 15 minit lebih awal setiap hari secara berperingkat-peringkat selama seminggu. Corak tidur yang bagus akan dapat mengelakkan masalah mengantuk di siang hari.

5) Diet pemakanan yang sihat
– Pastikan anda mengambil sarapan dan hidangan tengahari yang sihat setiap hari. Makan terlalu banyak sehingga terlalu kenyang juga boleh menyebabkan kita mengantuk. Pada malam hari, pastikan hidangan terakhir yang anda makan diambil 3-4 jam sebelum waktu tidur.

6) Katil hanya sebagai tempat tidur
– Pastikan anda hanya baring di katil anda untuk tidur sahaja. Jangan bawa handphone, tv, radio, makanan atau minuman ke katil anda. Anda perlu tahu perbezaan antara rasa mengantuk dengan rasa penat. Hanya baring di katil jika anda rasa mengantuk. Jika ini diamalkan secara berterusan, lama-kelamaan anda akan menjadi lebih mudah untuk tidur dan akan menjadi lebih bertenaga pada hari yang berikutnya.

7) Elakkan tidur petang
– Seboleh-bolehnya elakkan tidur pada lewat petang kerana anda mungkin susah untuk tidur pada waktu malam nanti. Seterusnya terus berjaga sehingga lewat malam dan boleh menyebabkan mengantuk di keesokkan siangnya.

8) Minum kopi atau teh
– Jika anda sangat mengantuk di siang hari tetapi terdapat banyak tugasan yang perlu dilakukan, bolehlah minum secawan kopi atau teh untuk menyegarkan mata anda. Cinch tea Shaklee amat bagus untuk menangani masalah mengantuk ini.

9) Jumpa doktor
– Jika keadaan anda amat serius sehingga terpaksa tidur sebentar beberapa kali di siang hari walaupun telah mencuba tips-tips di atas, dicadangkan supaya anda pergi berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Semoga tips diatas dapat membantu anda dari rasa mengantuk yang melampau.

Salam Ramadhan untuk semua.

posted from Bloggeroid

Friday 3 July 2015

Seksanya Menahan Sakit Gastrik ni..Oppsss Tunggu Anda Pasti Teruja Bila Dapat Mencubanya.

Gastrik...Gastrik...Gastrik...
Oleh kerana ramai sangat yang mengadu sakit gastrik terutsma sepanjang bulam ramadhan ni,suka saya nak kongsikan dengan anda semua rawatan atau supplement tambahan yang sesuai untuk mengatasi masalah gastrik.

Entri sebelum ni saya sudah beritahu apa Punca-punca dan Tips untuk elakkan serangan gastrik.Sebenarnya saya tidak suka untuk menjual secara langsung tetapi saya lebih suka berkongsi cerita,ilmu dan pendapat mengenai keberkesanan produk.


SUPLEMENT YANG DAPAT MEMBANTU MENGATASI MASALAH GASTRIK

1) ESP (Energising Soy Protein)

Pengambilan ESP dapat membantu mencegah dan meringankan masalah gastrik ini. Nutrien protein yang terkandung di dalam ESP dapat membantu membina sel-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat dihakis oleh asid hidroklorik berikutan proses pencernaan makanan. Selain itu, ESP membantu memberi tenaga dan rasa kenyang yang berpanjangan. Sangat bagus utk pesakit gastrik kerana biasanya pesakit gastrik tidak dapat bertahan lama untuk berpuasa.

2) OSTEMATRIX (sumber Kalsium)

Pesakit gastrik disarankan untuk mengambil susu atau kalsium, kerana ianya bersifat alkali dan mampu meneutralkan asid di dalam perut. Selain itu, ia bagus untuk rasa ketidakselesaan pada badan dan sendi-sendi.

3) PEPPERMINT GINGERPLUS

Shaklee Peppermint Ginger Plus mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk rasa yang nyaman dan melegakan ketidakselesaan perut. Pil-pil juga boleh dihancurkan dan dicampur dengan air panas untuk minuman herba semulajadi.



Nak lebih bertenaga, tiada rasa lapar yang memungkinkan anda diserang gastrik kembali? Amalkan set ini, Insya Allah dapat meringankan masalah anda dan ibadah berpuasa lebih sempurna!

SET GASTRIK UNTUK SIHAT & CERGAS DI BULAN PUASA
Hubungi saya Pn Zainab ( 017- 3954394 ) untuk sebarang order dan konsultasi. konsultasi percuma hanya untuk pembelian eksklusif dari saya..

posted from Bloggeroid

Thursday 2 July 2015

Gastrik Dan Puasa.. 5 Punca Dan 5 Tips Yang Perlu Anda Tahu

Setiap kali tibanya bulan ramadhan,ada 2 perkara yang tidak dapat dipisahkan iaitu Puasa dan Gastrik.Kenapa saya cakap begitu?sebab bila menjelang sahaja bulan puasa kes pesakit yang datang ke klinik dan hospital disebabkan gastrik akan lebih meningkat. Ini disebabkan disiplin makan yang salah beberapa minggu sebelum dan ketika bulan puasa.

Gastrik ialah keadaan di mana jus usus dirembeskan dalam perut dan menghakis dinding perut serta menyebabkan radang pada dinding perut berkenaan. Untuk orang awam, gastrik biasanya disebut sebagai ‘angin’.

Biasanya, pesakit akan mengalami pedih pada bahagian ulu hati, iaitu bahagian tengah atas abdomen yang terletak di bawah tulang rusuk. Pedih ini juga dikatakan ‘merebak’ ke bahagian tengah dada dan digambarkan seperti rasa ‘terbakar’ pada bahagian itu.Sakit ini juga boleh dirasa hingga ke bahagian belakang badan. Selain itu, pesakit akan sendawa dan membuang angin dengan banyak berbanding kebiasaannya. Pesakit juga mengalami pening, loya, muntah.

Penghidap gastrik yang kronik biasanya dinasihatkan untuk tidak berpuasa kerana boleh memudaratkan diri. Tentu merunsingkan anda kan? Ibadah puasa tidak dapat dijalankan dan perasaan rugi yang amat sangat. Pulak tu, kena ganti balik. Antara sebab gastrik yang utama ialah amalan waktu makan yang tidak teratur.

Seringkali penghidap gastrik terpaksa minum air susu terlebih dahulu apabila diserang gastrik. Penghidap gastrik yang terus menjamah makanan lain apabila kelaparan biasanya akan mengalami kesakitan perut yang teramat sangat.

Antara Punca-Punca Berlakunya Gastrik

Penggunaan kerap ubat penahan sakit bagi melegakan kesakitan tertentu seperti aspirin, ibuprofen dan naproxen.
Pengambilan alkohol yang berlebihan.
Pengambilan kokain.
Merokok.
Stress.
Gangguan auto-imun.
Radiasi dan kemoterapi.
Makan atau minum bahan-bahan menghakis seperti racun.
Pengaliran semula hempedu ke dalam perut.
Rembesan asid gastrik yang berlebihan.
Jangkitan kuman/parasit, terutamanya di kalangan mereka yang lemah sistem ketahanan badannya.
Lain-lain masalah perubatan seperti HIV/AIDS, penyakit buah pinggang.

TIPS PENCEGAHAN GASTRIK SEPANJANG BULAN PUASA

Mengambil berat tentang pemakanan semasa bersahur bukan hanya disebabkan oleh masalah gastrik tetapi kerana ia merupakan amalan yang disunatkan.

Bersahurlah pada waktu menjelang imsak dan bukannya sebelum tidur.

Bersederhana semasa berbuka dan tidak mengambil makanan berlebihan kerana ini mungkin menyebabkan sebu hulu hati.

Mengelakkan makan sepanjang malam dan tidur dalam keadaan perut yang penuh. Keadaan ini hanya membebankan usus yang sepatutnya berehat semasa tidur.
Oleh itu, makanlah antara 3 hingga 4 jam sebelum tidur.
Elakkan tabiat terus tidur sebaik makan sahur kerana ia menimbulkan masalah pada sistem penghadaman.Ada sesetengah individu yang alah pada makanan tertentu seperti cuka dan rempah. Jadi, elakkannya.

Elakkan makanan yang berlemak.

Hindari sesetengah sayuran yang mengeluarkan banyak gas seperti brokoli, kubis dan kacang soya. 

Bersahurlah  dengan makanan dan bukan sekadar minum air supaya dapat mengisi perut yang kosong.

Amalkan solat tarawih bagi memudahkan penghadaman makanan.

Segala percaturan Allah swt adalah benar dan kita sebagai hambanya hanya perlu taat dan patuh dengan perintahNya.Semoga segala amal kita diterima oleh Yang Maha Esa...

posted from Bloggeroid

Wednesday 1 July 2015

Vivix Promosi Lagi ???Biar Betul..Syoknya !!!

Antara product best Seller Shaklee ialah ESP..tapi antara vitamin yang paling dicari juga ialah Vivix sebab apa?mestilah kerana keberkesanannya yang sangat mengujakan pengguna tegar vivix.




Bulan Julai ni,shaklee menawarkan juga promosi untuk B Complex dan Vitalea Chewable..Dengan pembelian 6 botol akan dapat percuma 1 botol.Yang pastinya harga sangatlah berbaloi-baloi...kan.Lagi satu,setiap pengguna vivix ni tiada yang minum tanpa apa apa kesan atau senang cakap pasti akan nampak keberkesanannya. .In shaa Allah dengan izinNya juga..

Kehebatan Vivix Shaklee

a) Vivix mengawal genetik dan seterusnya membantu melambatkan penuaan sel.

b) Vivix melindungi dan memperbaiki sel DNA manusia ~ setiap hari sel tubuh diserang hampir sejuta serangan yang merosakkan pangkalan data genetik dan mengganggu fungsi sel dan usia kita. Dengan vivix, DNA akan dapat dilindungi dan diperbaiki selnya.

c) Vivix melambatkan pembentukkan AGE ~ penimbunan AGE (advanced glycation end products) akan menyebabkan kerosakkan sel. Ramuan Vivix yang 10x lebih kuat dari resveratrol (kandungan unik dalam anggur muscadine) mampu melambatkan pembentukan AGE.

d) Vivix membantu meningkatkan tenaga dalam sel ~ tenaga dalam telah ditingkatkan dengan pembentukan mitokandria baru. (mitokandria merupakan penjana tenaga dalam tubuh)


[ TONIC AJAIB UNTUK PENYAKIT KRONIK ]

Banyak testimoni Sirap Merah yang telah berjaya membantu merawat penyakit kronik seperti minor kanser,diabetes yang teruk,Darah Tinggi,Buah Pinggang tahap 3,Strok







Kebaikan Vivix Shaklee

* Membaiki sel yang rosak dengan pantas, amat sesuai untuk mereka yang baru menjalani pembedahan

* Memelihara keseluruhan kesihatan

* Anti oksida yang sangat baik - awet muda

* Membantu anda merasa lebih bertenaga

* Mengurangkan risiko kanser

* Membantu pesakit diabetic

* Menguatkan sistem imun

Bagaimana Vivix bertindak dengan berkesan?

Rahsianya kerana Vivix melindungi dan membaikpulih sel DNA kita di samping mengelakkan penimbunan protein AGE dalam badan.

Jika anda berminat ingin mencuba supplement terbaik vivix ni..boleh miliki sekarang sementara promosi sedang berlangsung.Anda boleh hubungi saya Pn Zainab di talian 017-3954394.

posted from Bloggeroid

Tips Anak Demam Panas Hinggakan Badan Jadi Lembik

Bila sebut pasal anak demam ni memang ramai ibu bapa yang sangat prihatin.Mereka nakkan yang terbaik untuk anak-anak tersayang.Macam saya sendiri jika anak anak demam saya memang tak lena tidur,makan pun tak lalu sebab tu badan saya kurus kering ni...opppss alasan kan..

Berbalik mengenai anak demam ni,baru-baru ini anak bongsu saya yang berusia setahun sebulan kena demam yang agak panas.Bila periksa suhu badan dia memang terkejut sangat 39.5 darjah Celsius..Ya Allah panasnya,tapi kalau rasa badannya memang sejuk sangat.Masa tu jam pukul 5pagi.Saya ambik air yang di campur dengan air asam jawa lapkan atas kepala dan badan.Tapi masih tiada kesan..

Saya cuba lapkan dengan air BASIC H beberapa titik dalam bekas campur air sedikit.Alhamdulillah,badan Syifa kembali normal..takde sejuk semacam..Syukur..Esok pagi tu,tanpa berlengah lagi saya terus bawa ke klinik dan doktor berikan ubat demam Suppository (ubat demam masuk 'tut' ) dan antibiotik.




TIPS RAWATAN DEMAM PANAS :

1. Pastikan semak suhu sentiasa. Tidak boleh agak-agak.

2. Teknik Sponging/lap:    Kawal darjah kepanasan dengan sponging.Letak tuala lembab dengan air biasa di kepala atau jerlum kepala dengan     air asam jawa atau daun bunga raya putih. Sekali sekala, lap di bahagian    pelipat, ketiak dan kelangkang.        Untuk anak lelaki, lap di area 'ball' dia. Boleh juga terus letakkan tuala    basah di sekitar tempat tersebut.

3. Pakaian dan Suhu Persekitaran:    Pakaikan pakaian nipis, on Kipas atau air cond (jika tiada masalah alahan    pada sejuk yang boleh menyebabkan batuk).    Jika suhu makin tinggi, pakai diaper sudah cukup.

4. Teknik Mandian:    Jika suhu lebih 37.8 : Mandikan dengan luke warm water (midly warm /    tepid) iaitu air suam-suam kuku.    Tapi, jika persekitaran tempat mandi tempat tebuka, air suam tersebut    jangan terlalu suam atau terlalu sejuk macam air paip biasa, ini kerana air    akan kena udara, sekejap sahaja boleh jadi sejuk.    

Cara mandikan :    Mulakan daripada kaki ke atas. Biarkan anak main dengan air dalam 10-15    min. Jangan sampai menggigil. Anak harus relaxed. 

5. Fokus Rawat Imun   
a. Kerapkan beri anak susu ibu (ibu juga perlu kawal diet)    b. Liquid Diet : Air kosong, jus segar dari buah sebenar, one broth (sup        tulang) / sup ayam sebagai penawar untuk elakkan dehydrate        (kekeringan).         Virus hirup protein dalam tubuh, sup tulang ayam atau daging        membantu mengekalkan protein, masak bersama antiviral foods juga,        ianya boleh menaikkan sistem imun badan.   c. Makan banyak antiviral foods, bawang putih, halia, kunyit, brocoli,       makanan penyejuk badan seperti air kelapa muda, barli, kembang        semangkok, buah tembikai.     
 *Jika anak tak boleh lagi makan, ibu yang menyusukan boleh makan.   
d. Elakkan Gula        Gula adalah makanan bakteria dan melemahkan sistem imun tubuh         keseluruhannya juzga. Gula membantu pembiakan bakteria dan        menyebabkan imun rendah sekaligus mengaktifkan virus.   
e. Makan vitamin C semulajadi - Jus Buah Segar.Fokus untuk kuatkan sistem pertahanan badan. Demam is a good sign of working immune system. We should not focus on bringing the temperature down. Kita kena support proses demam tu. Support demam menjalankan tugasnya matikan kuman. Beri anak-anak makan makanan yang kaya dengan Vitamin C dan antioksida.Jika anak demam selalu, beri anak makan probiotik , Virgin coconut oil atau Olivenol.

*PCM cuma diambil jika suhu 38.5 darjah.*Suhu 39 ke atas menghampiri 40 darjah bawa ke hospital untuk rawatan lanjut.*Suppository (ubat demam masuk 'tut' ) cuma diambil jika suhu 39 darjah ke atas.*Suhu bawah 38 darjah, TIDAK MEMERLUKAN PARACETAMOL.


Semoga tips ini membantu kita unuk menangani masalah anak demam panas..Terima Kasih

posted from Bloggeroid