Thursday 24 July 2014

Petua nak atasi masalah PELUPA

Jika seseorang itu sering kali lupa apa yang dia buat..kita pun rasa geram jugakkan..Kena selalu ingatkan kembali apa yang dia telah lakukan..Kalau sekali sekala boleh diterima lagi...Memang masalah kalau kita biarkan dia dengan masalah pelupa tu.

Ini petua ulama untuk mengubati pelupa atau mengelakkan jadi pelupa 

1. Kismis hitam 21 biji setiap pagi. Kunyah sebutir-sebutir dan bukan sekali rap
2. Madu sesudu dalam air panas segelas. Minum bila suam, setiap pagi.
3. Tidur awal bangun awal
4. Tidak bersetubuh melebihi 2 kali seminggu
5. Kurangkan makan dan kurangkan makan benda masam
6. Banyak makan ikan, sayur, tempeh, ubi, kekacang dan kurangkan makan daging
7. Tarik nafas dalam2 ikut hidung dan tahan 4 saat dan lepaskan perlahan-lahan ikut mulut. Buat 10 kali setiap pagi.
8. Buat stretching bila bangun dari tidur
9. Masa buang air besar, tutup kepala dan jangan buka mulut
10. Elakkan lihat kemaluan dan najis
11. Baca Quran dan cuba menghafal setiap hari
12. Bakar kemenyan nasrani, wangian ros, sandal atau gaharu setiap minggu ( orang moden kata aromatherapy )
13. Pakai minyak wangi setiap hari bila keluar rumah ( wanita ketika dalam rumah).
14. Mandi pagi, petang dan selepas buang air besar
15. Belajar bersabar dengan bersolat atau berdoa bila ada masalah.
16. Sayang ahli keluarga, ibubapa dan kanak-kanak.
17. Tidak bercampur bukan muhrim kecuali bila ada keperluan
Selain dari kuat ingatan, badan menjadi sihat, akal tenang dan umur pun panjang..in shaa Allah.

Rujukan : Harian Metro 1 Nov 2006

Wednesday 23 July 2014

Cara2 Menjadi Suami Romantik

Hati wanita mana nak cair jika pasangannya tak pandai jaga hati langsung apa lagi romantik.
Susah nak jumpa lelaki atau suami yang romantik tapi kalau dapat memang bertuahlah wanita tu..Jadi,jika anda dapat suami yang jenis caring,romantik..anda harus bersyukur kerana berapa ramai je lelaki @ suami yang romantik kat luar sana tu.

Romantik biar bertempat tau...

Bagaimana cara untuk menjadi suami yang romantik??Jom baca kat sini kalau anda nak tau lebih lanjut.


1. Beri Bunga
Biasakan memberi bunga pada pasangan, tak perlu tunggu hari lahir, atau ulangtahun perkahwinan, berilah hari-hari biasa pun tak mengapa, janganlah bagi sampai sejambak, bagi sekuntum pun dah boleh membuatkan pasangan anda berasa di awang-awangan. Pasti senyum memanjang. Macam orang tak betul dah..hehe

2. Ungkapkan Ucapan Sayang
Jangan pernah bosan untuk mengungkapkan kata-kata sayang atau cinta atau rindu pada pasangan. Kalau tak dapat ungkapkan face to face pun takpe, masih boleh sms, atau paling manis tulis saja di atas kertas, atau tisu dan letakkan saja di atas meja solek ke, tepi katil ke, atas bantal ke… Tak ke romantik tu namanya… Oh ye, kalau tulis kat tisu, hati-hati gak, jangan jadi tisu tandas dah..hehe

3. Pandang Mata Pasangan
Jika sedang berbual atau bercakap dengan pasangan, pandanglah tepat ke anak matanya. Tapi janganlah pandang macam nak makan pula, pandang lah dengan penuh kasih sayang.Lagi satu,zaman kini ramai yg suami isteri masing2 buat hal sendiri,masing2 dengan gadjet..bercakap pun melalui telepon walaupun masa tu duduk bersebelahan,,ermmm macam mana tu..

4. Bicara Dengan Lembut
Berbicaralah dengan pasangan dengan kata-kata dan bahasa yang lembut. Dan dengan nada yang rendah. Jangan mentang-mentang anda tu lelaki, sekali cakap satu kampung boleh dengar, maka anda main lepas je nak cakap apa-apa. Tolong kawal emosi ketika berbicara ok.

5. Berpimpin Tangan
Pimpinlah tangan pasangan semasa jalan beriringan agar pasangan berasa selamat ketika jalan bersama.(suami isteri) . Kalau masih couple, elakkan berpegang tangan, belum Halal lagi. Sabar sikit ye. ^_^

6. Sentiasa senyum
Sentiasalah mengukir senyuman kepada pasangan. Berilah senyuman seikhlas dan semanis yang boleh. Kalau pasangan nak marah pun tak jadi bila tengok anda memberi senyuman manis memikat.

7. Pakaian sedondon
Biasakan memakai pakaian sedondon dengan pasangan. Biasanya pakaian sedondon ni seperti t-shirt. Tapi ada pasangan yang tak gemar memakai t-shirt, jadi anda boleh memakai pakaian yang warnanya seakan sama dengan warna pakaian pasangan anda. Contoh, jika pasangan memakai warna biru, anda juga mengenakan t-shirt biru. Jika ada anak pun, pakaikanlah anak juga baju warna biru. Aduh, Sweetnya…

8 . Kunjungi Tempat Yang Romantik
Sesekali membawa pasangan pergi ke tempat-tempat peranginan pun apa salahnya. Contoh seperti di tepi pantai, atau di cameron highland ke… Bila tiba anniversary, apa salahnya anda membawa pasangan bercuti untuk honeymoon sekali lagi.

9. Memberi Kejutan
Berilah kejutan kepada pasangan terutamanya pada hari lahir atau ulang tahun perkahwinan. Contohnya anda telah menempah satu tempat makan ekslusif untuk pasangan manakala pasangan tidak tahu menahu tentang hal itu. Tiba-tiba anda membawanya ke situ dan di atas meja telah tersedia hadiah istimewa untuk pasangan. Mesti menangis terharu pasangan anda kerana tidak menyangka yang anda begitu romantik.

10. Memujuk
Pandai-pandailah anda memujuk pasangan jika dia merajuk ye. Janganlah bila pasangan merajuk, anda buat tak tau je, tiba-tiba esok jumpa buat macam takde apa-apa berlaku. Tak patut macam tu. Pujuklah dengan kata-kata yang lembut. Pasti pasangan anda cair dibuatnya.

Seorang wanita mesti suka bila mendapat layanan yang istimewa dari seorang lelaki. Apatah lagi kalau layanan istimewa itu dari seorang suami.
Apa pendapat korang? Ada cara lain lagi untuk jadi romantik?


Credit

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 
------------------------------------------------------------------------------------------------------------ Berminat? Hubungi, Whatsapp atau SMS saya di 017-3954394 Fanpage : ZnZ Abadi Store http://znzabadistore.blogspot.com/

Tuesday 22 July 2014

Doa supaya rajin solat untuk diri sendiri & anak

Mendidik anak2 untuk menjadi anak yang berguna dan menjadikan keluarga yang lebih diberkati Yang Maha Esa adalah satu ibadah yang dituntut oleh Allah swt..Dengan cabaran besar di zaman sekarang nie..kita sebagai ibubapa haruslah menghadapi pelbagai dugaan & cabaran untuk mendidik anak2 dengan tenang & jayanya..In shaa Allah..

Apa yang saya nak kongsikan disini ialah anak2 sekarang susah sangat nak mendengar kata ibubapa..apa lagi bila disuruh sembahyang 5 waktu..Tak nak berceloteh panjang2,Mari kita sama2 amalkan doa dibawah ini supaya anak kita rajin solat 5 waktu.

Dari Dr Fadhilah Kamsah. Kalau nak jadi orang yang rajin mengerjakan Solat, amalkanlah doa ini.

Bacalah selalu Surah Ibrahim: Ayat 40.




"Rabbij 'al nii muqiimas solaati, wa min zurriyyatii, rabbanaa wataqobbal Du'aa'.....


[14:40] "Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku"


Ins Shaa Allah... Jom Amal....semoga anak2 kita semua rajin mendirikan solat bersama....aamiinn...

Wallahu a'lam.


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------ Berminat? Hubungi, Whatsapp atau SMS saya di 017-3954394 Fanpage : ZnZ Abadi Store http://znzabadistore.blogspot.com/

Sunday 20 July 2014

Resipi Mealshake Oreo

MEALSHAKES antara produk yang menjadi rebutan buat ibu2 gojess kat luar sana tu..kerana mealshakes membantu kanak2 yang mempunyai masalah kesihatan dan membantu kanak2 lebih cergas sepanjang masa.
Saya sendiri berikan Mealshake kepada 2 orang anak saya & mereka sangat sukakan Mealshake..Setiap hari wajib minum mealshake nie..Biasa saya bancuhkan mealshake dengan milo jer..tetapi kalau hari2 minum yang sama jer mereka pun boring jugak..Jadi saya tukarla menu lain untuk mealshakes nie..Macam2 saya buat @ olah minuman yang berasakan mealshake nie..tak mengapa yang penting SEDAPPPP..kan.Antara resipi mealshakes yang saya buat ialah "MealShake Oreo"

Gambar hiasan..gambar sebenar tak sempat nak snap dah licinnn
Meal Shake Oreo

Bahan-bahan :
  • 1 sudu besar Meal Shake
  • 1/2 sudu besar ESP
  • 4 keping Oreo di patah2 kan
  • Milo
  • Ais
  • Shaker@blender

Cara-caranya
  • Masukkan milo ke dalam blend bersama Meal Shake dan ESP.
  • Masukkan oreo yang dipatah2kan.
  • Masukkan milo & juga beberapa ketul ais..Blendkan..kejap jer tau.
  • Tuang dalam gelas masukkan ke dalam freezer sementara menunggu waktu berbuka puasa.
  • Boleh juga letakkan aiskrim kat atas tu..
p/s : resipi nie saya tak buat selalu sebab sejukkan..tak berpa elok untuk kesihatan..so,.saya lebih suka bagi anak2 yang suam2 gitu..
Boleh dibancuh dengan semua minuman kegemaran, susu, air coklat, jus buah, nak buat jadi aiskrim pon boleh!sangat simple

Cara pengambilan Meal Shakes Shaklee

1) Orang dewasa: 3 sudu Meal Shakes
2) Kanak-kanak 7 tahun ke atas: 2 sudu Meal Shakes
3) Kanak-kanak 1-6 tahun: 1 sudu Meal Shakes

INGAT...VITAMIN TAK BOLEH dicampur dengan:

1) Air panas (guna air suam atau sejuk sebab air panas boleh musnahkan protein dalam Meal Shakes)
2) Air berkarbonat dan bergas
3) Minuman berkafein seperti teh, kopi, nescafe
So, dah paham kan macam mana nak bancuh dan minumMeal Shakes?
Selamat ber Meal Shakes!! Hehe
Oh yea, diingatkan yang kanak-kanak bawah setahun tak boleh minum Meal Shakes tau!

Jika berminat nak dapatkan MEALSHAKES  sekarang..boleh hubungi :
FB : Zainab Mat rani
Page : ZnZ Abadi Store
Email : zulzai05@gmail.com
Phone : 01-3954394

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. ------------------------------------------------------------------------------------------------------------ Berminat? Hubungi, Whatsapp atau SMS saya di 017-3954394 Fanpage : ZnZ Abadi Store http://znzabadistore.blogspot.com/

Saturday 19 July 2014

Kebaikan Vitamin C Shaklee

Assalamulaikum dan selamat pagi semua..Saya nak share mengenai kebaikan Sustained Release Vita-C Shaklee..Memang berbeza selepas mengamalkan Vitamin C Shaklee ini..Kalau sebelum nie kulit selalu kering,menggelupas,saya juga perasan ulser pun dah takut nak datang dah..Saya selalu sangat kena ulser dalam mulut..memang amat pedih..kenapa saya suka ambil Vita-C nie sebab hanya 1 biji sehari sudah cukup untuk keperluan vitamin dalam badan kita..Lagi satu..ianya sangat jimat tau..1 botol boleh tahan sampai 6 bulan..memang syokla..jiiimaaattt2 :)


Sustained Release Vita-C

Nak tahu apa yang membezakan Sustained Release Vita-C dengan Vitamin C di pasaran yang lain??


Vitamin C pertama yang natural dan bertindak secara ‘Sustained release’, berfungsi secara perlahan untuk memenuhi keperluan tubuh selama 24 jam.Rumusan unik yang membenarkan pelepasan vitamin C secara perlahan dan berterusan selama 5 jam.Satu tablet membekalkan 500mg vitamin C iaitu bersamaan 7 biji setengah oren.

Membekalkan ‘Bioflavinoid’ dalam jumlah yang seimbang iaitu 120mg. Bioflavonoids bekerja untuk meningkatkan keberkesanan Vitamin C dan perlu diambil sebagai sebahagian daripada supplement Vitamin C. (elak salur darah dari runtuh/bocor, meningkatkan fungsi Vitamin C, elak Vitamin C dari cepat teroksida dan merosakkan sel )

Jika tidak pandai menelan ubat, Vitamin C Shaklee juga terdapat dalam bentuk boleh kunyah iaitu Vitamin C 100mg.Tiada pembaziran kerana semua Vitamin C digunakan dan dilepaskan kedalam sistem tubuh secara perlahan-lahan mengikut keperluan. 

Kebaikan Utama  Sustained Release Vita-C Shaklee :

  • Membentuk kolagen
  • Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Oleh itu, ia mampu mengurangkan kedut dan menghalang otot menjadi kering.
  • Membaiki simptom pendarahan
  • Kekurangan vitamin C boleh menyebabkan gusi berdarah, lebam di kulit, kulit kering dan ruam.
  • Mempertingkat sistem imun
  • Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, selain mencegah selesema dan batuk.
  • Memerangi kanser
  • Antioksida yang mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran “T-cells” untuk melawan sel-sel kanser.
  • Mencantikkan kulit
  • Kulit lebih cerah di samping melambatkan penuaan, mencegah pigmentasi serta jeragat.
  • Merawat insomia
  • Membantu mengatasi stres yang menjadi salah satu punca insomia.
  • Mengekalkan kolestrol sihat
  • Mengurangkan kadar tekanan darah.


Kulit putih gebu jerrr

Antara simptom kekurangan Vitamin C:



  • Mudah tertekan atau stres – Sering letih dan lemah
  • Kulit kering atau bersisik, tapak kaki keras dan kasar
  • Luka lambat sembuh
  • Mudah bersin dan selesema
  • Wajah nampak tua dari usia (vitamin C penting untuk pembentukan kolagen)
  • Mudah mendapat ulser
  • Mudah demam, antibodi lemah
  • Sering alami gusi berdarah
  • Salur darah mengecil
  • Sakit sendi
  • Tanda lebam pada badan
  • Turun berat badan (menjadi kurus yang lemah dan kusam)
alamak jerawat !!!

Jika anda pernah mengalami seperti simptom2 diatas..maka haruslah dapatkan Vitamin C sekarang..sebelum terlambat.


Sumber

TIPS :
Bawah RM100 sahaja untuk kecantikan kulit dengan vitamin C shaklee bersamaan 180bj!!
Mempunyai kekelulusan KKM1 biji Vitamin C Shaklee bersamaan 7 biji buah oren. 

Mampu makan ke 7 biji sehari? vitamin C Shaklee ialah SUSTAINED RELEASED iaitu satu formula dia mana vitamin c dilepaskan secara perlahan-lahan di dalam badan untuk memastikan badan sentiasa dapat Vitamin C setiap hari. Vitamin C utk kulit berseri. Pembinaan kolagen secara semula jadi, maka lambatlah nampak tua. Kulit lebih PUTIH CERAH?? vitamin c merawat kulit dari dalam dan bila kulit sihat, of course la kulit semakin cerah dan glowing gitu hehe 


Opppsss.. lagi tips yang best : Perlu diingat Vitamin C Shaklee boleh dibuat MASKER NATURAL tau..Hasilnya memang amat mengujakan..Kulit tegang & gebuuusss jer.



Jika berminat nak dapatkan SUSTAINED RELEASE VITA-C sekarang..boleh hubungi :
FB : Zainab Mat rani
Page : ZnZ Abadi Store
Email : zulzai05@gmail.com
Phone : 01-3954394



** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. ------------------------------------------------------------------------------------------------------------ Berminat? Hubungi, Whatsapp atau SMS saya di 017-3954394 Fanpage : ZnZ Abadi Store http://znzabadistore.blogspot.com/

Mood Raya sudah datang...

   Salam Ramadhan..mood raya dah datang dah..sambil2 update entry dengar lagu raya..Persiapan raya hampir separuh siap..tapi ape jer persapan raya saya ni kan..Hanya beli baju baru untuk anak2,suami & diri sendiri..kuih raya tahun nie tak sempat nak buat sendiri..hanya main orderrrr jer..susahla bila ada baby nie.asyik nak berkepiiittt jer dengan ibunya ( ini alasan ke memang malas..hihi )..Biasa macam tahun2 lepas buat kuih raya ada geng..siapa lagi kalau bukan kakak ku la( Maimun )...
  Walaupun saya tak berkerja ( surirumah sepenuhnya..) tetapi dapat jugak saya belanjakan baju raya untuk keluarga.Uiitts mana datang duit kalau tak kerja kan..hihi..Sebenarnya itulah hasil dari bonus Shaklee yang saya dapat setiap bulan..Alhamdulillah.boleh jugak bantu keawangan suami & keluarga..
  Lebih kurang seminggu je lagi dah nak sambut hari raya..Ramadhan akan meninggalkan kita lagi,semoga segala amal ibadat kita diterima yang Maha Esa..in Shaa Allah...Tahun nie beraya tanpa ayah mertua & mak mertua..Yang paling sedih, ayah mertuaku yang sangat baik hati orangnya ( Allahyarham Awang bin Ahmad )..Beliau saya dah anggap macam ayah sendiri selepas arwah saya ( Mat Rani bin Dollah ) meninggal April 2002.Beliaulah tempat saya untuk berbual & bertanyakan hal2 mengenai agama ataupun apa2 cerita..Biasanya setiap tahun saya akan belikan baju raya untuk arwah ayah..tapi tahun nie hanya mampu melihat je baju raya yang cantik2.
  Apa-apa pun semua kenangan pahit manis bersama mereka masih kekal diingatan...Al-fatihah buat mereka.
Okeyla,setakat ini jer coret2 saya kali ini..mood sayu pulak dipagi hari minggu ini..
Sekian..jumpa lagi tau.. :)



** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------ Berminat? Hubungi, Whatsapp atau SMS saya di 017-3954394 Fanpage : ZnZ Abadi Store http://znzabadistore.blogspot.com/

Friday 18 July 2014

Kebaikan Herb-Lax Shaklee yang tiada Tandingan

Assalamualaikum...Hari ini saya akan kongsikan tentang Herb-Lax Shaklee. Produk unggul untuk kuruskan badan, atasi masalah sembelit dan membersihkan usus.Ramai wanita diluar yang mengalami masalah sembelit yang teruk sehinggakan masalah usus yang berlarutan.In Shaa Allah..Herb-Lax dapat membantu anda..Nak tau apa itu Herb-Lax?Jom kenali Herb-Lax

Herb-Lax

HERB-LAX ialah Herba semulajadi yang bertindak membersihkan perut dan usus, melegakan sembelit dan meningkatkan proses pencernaan secara lawas. Mengandungi 9 jenis herba yang secara tradisionalnya mampu meningkatkan kesihatan sistem penghadaman. Ia juga mampu menyah-toksin dari badan.
Kebaikan Herb Lax
  • meransang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita dan pembersihan najis yang tersekat
  • membantu masalah sembelit & mencuci usus buang toksin degil dalam badan
  • tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi
  • mengempiskan perut
  • ia membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut. sesuai di ambil seperti biasa atau dicampur dalam air panas, sebaai minuman teh herba.

Siapakah yang perlu amalkan Herb Lax ?
  •  mereka yang ada masalah pembuangan, perkumuhan kurang lancar dan sembelit
  •  mereka yang banyak jerawat
  •  pesakit gout
  •  mereka yang ingin membersihkan usus terutama sekali mereka yang baru berjinak2 dengan suplemen dan 
  •  pengamal tegar ubat tahan sakit.

BAGAIMANA CARA MAKAN HERB-LAX?

Ramai yang bertanyakan bagaimana cara mengambil Herb-Lax ini. Ia sesuai untuk kanak-kanak 12 tahun ke atas dan dewasa.
  • Untuk kesihatan berpanjangan - makan 2 kali seminggu (4 biji setiap kali sebelum tidur)
  • Untuk membersihkan usus / masalah sembelit, detox dan mengawal berat badan - makan setiap malam. 2-4 biji sebelum tidur

PERHATIAN!!
  • Mereka yang mempunyai masalah penghadaman yang lemah mungkin akan mengalami cirit-birit pada awal pengambilan Herb-Lax. 
  • Untuk keadaan normal, kebiasaan Herb-Lax akan bertindak setelah 6 hingga 12 jam ia diambil.
  • Mereka yang mempunyai masalah sembelit boleh meningkatkan pengambilan Herb-Lax kepada 5-8 biji sehari, dan boleh kembali kepada dos asal apabila proses perkumuhan kembali normal.
  • Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan makanan tambahan semulajadi Shaklee yang bermutu tinggi, saya adalah wakil pengedar sah anda. Sebarang pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi saya.

Jika berminat nak dapatkan HERB-LAX  sekarang..boleh hubungi :
FB : Zainab Mat rani
Page : ZnZ Abadi Store
Email : zulzai05@gmail.com
Phone : 01-3954394


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------ Berminat? Hubungi, Whatsapp atau SMS saya di 017-3954394 Fanpage : ZnZ Abadi Store http://znzabadistore.blogspot.com/

Wednesday 16 July 2014

Checklist Barang Keperluan Bersalin Ibu Dan Bayi

Pengalaman berpantang kali nie agak kelam kabut sikit sebab ada je barang tak tertinggal & belum beli lagi..Memang menyusahkan kalau kita tak siap sedia dri awal2 lagi.

Saya pun tak pasti kenapa mungkin dah lama tak bersalin (5tahun tu..hihi )@pun sebab dah anak ke 3 ( tak berapa excited sangat..klu baby pertama dulu memang yer..semangat bukan main lagi.

Alkisahnya,Masa nak pergi hospital tu tertinggal berus gigi la,mandian ibu la,bekas makanan la..satu2 baru ingat..Dah kena suruh en hubby tolong belikan..kan dah menyusahkan tu..lepas keluar ward dah selamat bersalin,terus balik rumah.

Susu badan pulak bengkak..susu melimpah2 nak keluar tapi tak boleh sebab puting tersumbat.Tapi lepas bidan urut2kan..alhamdulillah dah tersembur2 pulak keluar air susu..So,kena perah dulu sebelum bagi baby hisap kalau tak nanti tersedak susu pulak.Bila dah perah tu,kena isi dalam botol susu ( lupa nak beli la pulak.. ).

Lepas bersalin penting untuk kita barut perut kita guna bengkung..Ubatnya saya hanya pakai kapur makan tu dengan air asam lipau nipis jer.Agak panas & gatal2 perut ni.Masa tu,baru teringat kenapalah aku tak beli yang dah siap tu..yang jamu2 tu ke..lagi senang.

Kitakan dalam pantang manalah boleh nak keluar sesuka hati..nak beli apa2 pun susah..Jadi,peringatannya WAJIB beli & siap sedia barang keperluan untuk bersalin dari awal2 lagi.

Kat sini saya sediakan checklist untuk para ibu2 semua..supaya memudahkan korang membuat persediaan terutama buat ibu2 yang lahir anak pertama.

Checklist Barang Keperluan Bersalin Ibu Dan Bayi

Bagi anda yang sedang menunggu kelahiran cahaya mata, pastinya persediaan untuk menyambut orang baru sudahpun mula dibeli. Di sini, saya ingin kongsikan checklist barang keperluan bersalin untuk ibu dan bayi semasa di hospital sebagai panduan anda.

Keperluan Di Kaunter Pendaftaran

1. Rekod kesihatan
2. Birth Plan Record (Rekod lawatan kesihatan /mengandung)
3. Guarantee Letter / Kad Insurance (jika anda ada insurance perlindungan)
4. Surat Rujukan Doktor
5. Surat Jaminan Majikan
6. Sebarang dokumen / surat dari hospital
7. Kad Pengenalan
Antara barang yang perlu dibawa ke hospital

Peringatan!!..                                        
Elakkan membawa barang kemas. Jika terbawa bersama, anda dinasihatkan supaya menanggalkan semua barang kemas dan beri kepada suami atau keluarga untuk disimpan. Ini untuk mengelakkan dari kehilangan barang kemas sewaktu anda di dalam dewan bedah atau bilik bersalin. Barang kemas juga tidak boleh dipakai sewaktu di dalam dewan bedah. 


Barang-Barang Penjagaan Diri & Pakaian Ibu

1. Baju Kemeja T (T Shirt) yang longgar dan mempunyai bukaan di depan 
(memudahkan anda menyusukan bayi anda nanti) – 3 helai atau lebih.Tapi ada sesetengah hospital mereka dah sediakan baju & kain dari pihak hospital..
2. Stoking (2 pasang atau lebih)
3. Kain Batik 
4. Bengkung Moden – penting untuk dipakai selepas bersalin..jangan lupa ubat sapu untuk dibalut nanti
5. Set mandian (jika bersalin dihospital kerajaan)
- Sabun,
- Berus Gigi
- Ubat Gigi
- Sikat rambut
- Pencuci muka
- Bedak
- Tuala
- Syampu
- Losyen
Nota : Bagi yang bersalin dihospital swasta, set mandian ini mungkin tidak diperlukan kerana biasanya ia disediakan dan telah dimasukkan di dalam pakej bersalin
7. Tisu
8. Selipar
9. Pad / Tuala Wanita 
10. Seluar Dalam
11. Nursing bra / bra menyusu
12. Baju sejuk (sweater) 

Barang-barang lain 
1. Handphone dan charger – agar sentiasa dapat berhubung dengan keluarga anda
2. Kamera dan video kamera – untuk merakamkan detik-detik penting dalam hidup anda dan juga wajah bayi anda.
3. Cermin mata (jika anda rabun atau memakai contact lens)
4. Al-Quran (bagi orang Muslim)
5. Buku atau majalah – untuk mengisi masa lapang dan mengalih perhatian anda sewaktu
menunggu saat melahirkan
6. Termos air panas,pinggang,sudu,cawan
7. Minuman segera seperti Milo 3 in 1, nestum, horlick dll. Jika anda lapar, sekurang-kurangnya ini boleh digunakan untuk mengalas perut sewaktu di hospital
8. Minyak angin 

barang2 untuk bayi

Barang-barang keperluan bayi

1. Baju bayi – 2 pasang atau lebih
2. Barut
3. Sarung kaki, sarung tangan dan topi
4. Pampers / lampin pakai buang 
5. Bedung / kain napkin
6. Barang mandian bayi
7. Tuala
8. Tisu lembap / wet tissue 
9. Krim untuk mencegah ruam lampin
10. Minyak telon (disapu diperut bayi untuk mengelakkan bayi dari kembung perut)
11. Bedak / losyen


Diharap ibu2 mendapat info & manfaat yang berguna dalam entry saya kali nie..
"Pengalaman lalu mengajar erti kehidupan yang sebenar"

Saturday 12 July 2014

Resipi Pikat Suami Cara yang Terbaik

Kehidupan suami isteri memerlukan mental & fizikal yang kuat..Oleh itu persediaan amat perlu dalam melayari kehidupan suami isteri yang bahagia & kekal hingga akhir hayat.Samada isteri mahu pun suami,masing2 mempunyai peranan penting untuk mengekalkan rumahtangga bahagia sepanjang masa..

Sebagai isteri misalnya,semestinya ingin memastikan suami sentiasa melekat dirumah kan..mana2 isteri tidak suka jika suami sentiasa bersama kawan2,lepak kat kedai makan..lewat malam baru nak balik rumah..Kalau sekali sekala tu kita boleh je nak excuse kan..
Suami isteri Romantik

Disini saya ingin kongsikan resipi2 memikat suami tercinta :

1. Akur pada suami
*Sentiasa jujur, ikhlas dan taat pada suami. 

2. Berkelakuan baik terhadap suami
*Jangan menyakiti hati suami dengan tingkah laku, bahasa ataupun tindakan.Sebaliknya, menjadi isteri yang 'melegakan' setiap kali suami pulang ke rumah. Jangan sampai suami menderita makan hati dalam diam. Sifat yang harus dielak ialah berleter dan bermasam muka.

3. Jangan bebankan suami
*Ada isteri terlalu 'demand', meminta itu dan ini sehingga suami pening kepala untuk memenuhi kehendak dan impian isteri. Jangan sampai suami terpaksa menerima rasuah atau salah guna kuasa semata-mata ingin memenuhi permintaan isteri.

4. Sentiasa bersolek untuk suami
*Ramai isteri tidak suka bersolek di rumah malah ada yang kelihatan selekeh. Ada isteri yang merasakan mereka sudah tua dan tidak perlu bersolek hatta mengenakan sedikit gincu untuk kelihatan cantik di mata suami. Sedangkan menjadi fitrah lelaki sukakan kecantikan terutama melihat seorang wanita yang menawan. Walaupun suami tidak pernah bersungut tetapi hakikatnya mereka suka melihat jika isteri bersolek seadanya agar sentiasa kelihatan manis dan menarik. Sebolehnya, ubah imej mengikut citarasa suami.

5. Jangan suka sanggah dan menolak permintaan suami
*Jangan biar malaikat melaknat isteri yang menderhaka atau sering menyanggah cakap suami.Nauzubillah..tetapi jika suami memaafkan tidak mengapa.. :)

6. Sentiasa mengingatkan dan berpesan pada suami
*Ingatkan suami dan berpesan dalam apa jua perkara.

7. Perlu ada rasa takut dan hormat pada suami
*Ia dapat elak daripada buat perkara tidak baik.

8. Jangan membelakangkan suami
*Mesti minta izin suami terlebih dahulu walaupun tahu suami tidak marah. Ia sebagai cara menghormati suami. Biarpun perkara kecil, setiap isteri perlu menjaga hati suami.

9. Jaga harta suami
*Ia adalah amanah kepada setiap isteri dan jangan sesekali menyalah guna ataupun menggunakannya untuk kepentingan sendiri.

10. Isteri kena minta maaf segera jika buat salah / menderhaka pada suami
*Jadikan ia amalan biasa dan jangan sesekali lengahkan, buat tidak tahu ataupun tunggu Hari Raya untuk minta maaf. Sesungguhnya isteri sebegini sentiasa dilaknat para malaikat.

11. Solat bersama suami
*Jangan hanya tunggu apabila ada masalah, sebaliknya jadikan ia amalan harian untuk merapatkan hubungan dan mengelakkan menderhaka kepada suami.

12. Jangan perkecilkan pemberian suami biarpun tidak seberapa
*Sebaliknya kena berterima kasih dan hormati diri nya sebagai suami terutama bagi isteri yang berkedudukan dan berkerjaya tinggi.

13. Perlu bermuka manis dan senyum pada suami
*Isteri sedemikian akan dimuliakan di akhirat.

14. Pandang muka suami bila bercakap
*Lihat dan tenung dengan penuh kasih sayang. Ia lebih dekat di hati. Bukan bercakap membelakangkan atau sambil buat kerja.

15. Jangan bawa virus barah (pergaduhan) dalam rumah tangga
*Jangan biar suami berubah hati dan mencari wanita lain. Awas! punca suami kahwin lain ialah kerana ada benda yang tidak ada pada isteri.

16. Jangan terlalu kongkong suami
*Beri kebebasan dengan batasan yang wajar. Jangan kerana terlalu prasangka sampai asyik telefon bertanya suami di mana, sentiasa bertekak, check telefon suami hingga suami tiada privasi.

17. Urut badan suami selepas balik kerja
*Walaupun penat tetapi satu-satunya cara memikat suami ialah dengan memberi sentuhan pada suami.

18. Jaga makan minum suami
*Guna ayat-ayat al-Quran dan bukannya bomoh untuk menambat hati suami. Ingatlah doa adalah lebih mujarab. Hulurkan segelas air setiap kali suami pulang dari kerja.

Credit

Insyaallah,kalau kita baik pada suami,suami akan baik pada kita..tapi,kalau dah ditakdirkan kita dapat suami yang tidak baik,bersabarlah,mungkin ada hikmah di sebaliknya

Bersama-samalah kita berdoa untuk kebahagiaan bersama.Kepada isteri-isteri di luar sana diharap boleh mencuba tip-tip ini semoga ada keberkatan yang penting sekali adalah berusaha dalam menuju kejayaan dunia dan akhirat


Oppppsss...Sedikit penambahan yer..kesihatan dalaman & luaran jangan lupa dijaga juga tau !!PENTING TU..untuk suami anda juga..kan.

Saya sarankan anda mencuba supplement yang natural (bukan pil2 kuat ke apa..yg tu sangat merbahaya okey )..Boleh amalkan setiap hari..

"ISTERI CANTIK SUAMI SEMAKIN SAYAAAANG !!"


Boleh cuba SET VITAMIN CINTA SUAMI ISTERI untuk kebahagiaan sepanjang masa..


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 
------------------------------------------------------------------------------------------------------------ 
Berminat? Hubungi, Whatsapp atau SMS saya di 017-3954394 Fanpage : ZnZ Abadi Store http://znzabadistore.blogspot.com/

Friday 11 July 2014

Kejaiban Air Putih



1. Merawat Kulit Tetap Lembab

Kurangnya air putih yang diminum akan membuat kulit kering dan pecah-pecah lalu terjadilah iritasi kulit. Dengan kata lain dengan meminum 8 gelas air atau 2,5 liter air /hari dapat membantu kelembaban kulit karena air bekerja sebagai pelembab pada kulit dan memberi tekstur pada kulit sehingga kulit tampak lebih segar dan lembab.

2. Membantu Mengeluarkan Racun

olahraga 300x201 Keajaiban Air Putih Untuk Sehari hari
olahraga
Air putih bagai serat, dapat melancarkan pencernaan atau partikel-partikel kotoran yang terhambat dalam tubuh. Contoh bila terjadi dehidrasi pada tubuh, maka tubuh akan menyerap air yang ada dalam tubuh, dan membuat usu besar menjadi kering, inilah salah satu contoh penyebab sulit BAB. Untuk penderita penyakit batu ginjal, air dapat membantu menghancurkan cristal-cristal yang tertinggal, hal ini baik untuk kesehatan dan sistem kekebalan tubuh.

3. Untuk Penghilang Stres

stress 200x300 Keajaiban Air Putih Untuk Sehari hari
stress
Sebelum olah raga air mengeluarkan racun dalam bentuk keringat, maka hal ini dapat membantu menurunkan tingkatan stress pada manusia, selain otak yang terdiri dari 70%-80% air dengan olahraga juga membantu melancarkan metabolisme dalam tubuh dan melancarkan pasokan oksigen yang dibutuhkan otak. Tidak ada salahnya menyimpan 1 botol air putih ketika sedang atau sebelum olah raga hal ini pun untuk mencegah terjadinya 

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. ------------------------------------------------------------------------------------------------------------ Berminat? Hubungi, Whatsapp atau SMS saya di 017-3954394 Fanpage : ZnZ Abadi Store http://znzabadistore.blogspot.com/

Tips minum air masak yang banyak

Assalamualaikum, Salam Jumaat & Salam Ramadhan buat semua...

Kebanyakan kita agak liat nak minum air masak walaupun tahu banyak khasiat dan kepentingannya. Kalau boleh, mesti nak air tu bergula @ yang ada perasa juga. Tubuh kita terdiri dari 70% air. Jadi pengambilan air yang banyak perlu untuk sistem badan kita.

Kita disarankan supaya mengambil sekurang-kurangnya 2 liter atau 8 gelas air sehari. Dengan pengambilan makanan tambahan, lebih air diperlukan untuk melarutkan supplemen tersebut ke dalam badan ( bagi yang mengambil supplement )

Tahukah anda, dengan pengambilan air yang betul, anda dapat memastikan penggunaan air yang optimum di dalam badan?
Air putih/masak
InsyaAllah, hari ini saya kongsikan cara pengambilan air supaya penggunaan air dalam badan digunakan secara optimum.
  1. Minum segelas air masak (250ml) sebaik bangun tidur. Minum air masak di pagi hari dikatakan dapat menyegarkan dan menjadikan wajah kelihatan muda.
  2. Minum segelas air masak sejam sebelum tidur.
  3. Ambil makanan tambahan/supplemen bersama 2 gelas air.
  4. Minum setengah gelas/segelas air masak setengah jam sebelum makan. Ia akan turut membantu anda mengurangkan berat badan dan mengelakkan makan berlebihan.
  5. Minum segelas air sebaik sahaja selepas ke tandas/menyusukan bayi atau mengepam.
  6. Letakkan sebotol air masak di tepi katil, supaya apabila anda terjaga di waktu malam boleh minum air masak.
  7. Minum air masak suam panas supaya kita akan menghirup air sedikit demi sedikit.
  8. Check pengambilan air secara detail seperti berapa gelas sehari atau berapa liter sehari. Kadang-kala kita merasakan dah cukup banyak minum air tetapi sebenarnya belum pun sampai 2 liter.
  9. Pastikan air masak sentiasa ada berdekatan dengan anda. Jadi bila-bila sahaja anda boleh minum.
  10. Minum air bila-bila masa bila rasa haus & lapar tetapi belum sampai waktu makan.

Tips yang ke-7 juga sesuai digunakan semasa dalam pantang kerana orang tua-tua selalu tak galakkan minum air masak banyak kerana akan kerap ke tandas. bila kerap ke tandas maka jahitan akan lambat baik. Jadi hirup air masak panas sedikit demi sedikit. Dengan itu, anda akan kurang ke tandas.

Nah, mudah kan. Kalau ikut tips ni, sehari dah boleh minum lebih dari 3 liter air agaknya. Bila minum air masak banyak, kuranglah sikit rasa nak makan makanan tak berkhasiat kan. Maka, kita pun akan jadi lebih sihat dan bertenaga.

p/s- saya sendiri suka minum 2-3 teguk air bila nak ke tandas..konon2nya senanguntuk melancarkan proses  membuang..  tapi sebenarnya takde la air tu terus keluar pun. Badan kita kan banyak filter. lepas ke tandas, minum air lagi.

Selamat mencuba!

credit


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 
------------------------------------------------------------------------------------------------------------ Berminat? Hubungi, Whatsapp atau SMS saya di 017-3954394 Fanpage : ZnZ Abadi Store http://znzabadistore.blogspot.com/

Puasa kekal cergas sepanjang masa



Salam Ramadhan..hari ni 13 Ramadhan kita berpuasa..Semoga korang sihat2 semuanya..
Tetapi ramai juga saya lihat tidak berpuasa kerana masalah kesihatan tidak mengizinkan Contohnya Gastrik,HB Low sampai pitam2 bagai..Ada yang mengadu tidak boleh nak buat apa2 dah..memang dia tak boleh nak puasa langsung..Aiisshhh..sampai macam tu sekali..Jangan cepat mengalah yer uoallsss..harus mencari jalan penyelesaian.

Anda boleh mencuba set berpuasa Shaklee, lepas ni tentu cergas dan bertenaga sampai waktu berbuka.In Shaa Allah badan tidak seletih dulu (sebelum ambil supplement)..Anak sulong saya,ahamdulillah berpuasa dengan sihat & aktif sepanjang masa..siap main bola sepak lagi tau..Saya hanya bagi Mealshake dicampur dengan milo ketika waktu sahur..Asalnya sebelum nie dia memang tak nak minum pun Mealshake ni sebab malas nak minum ( budak laki mana suka makan vitamin2 nie )..

Hari pertama & kedua puasa saya tak bancuh Mealshake sebab dia tak suka..tetapi balik sekolah pukul 1 tu badan dah lembik sangat2 dah..muka pucat lesu..alahai..kesian pulak rasanya..
Hari ketiga saya curi2 bancuh milo & Melashakes..dia minum macam biasa jer..(cam takde respon..hihi ).Balik sekolah tu senyum semacam jer..kenapa pulak anak aku nie??Rupa2nya dia kata hari ni best puasa sebab TAK RASA LAPAR PUN !!Alhamdulillah..Bila dia tau saya bancuhkanmealshakes tu..hari2 bersahur..wajib mintak Mealshake dah..Kadang2 tak makan nasi pun..

Haa..ibu mana tak suka bila lihat anak mereka sihat sepanjang masa,kan...So,buat ibu2 gojess semua..yang sayangkan anak tu..harus dapatkan MEALSHAKE jugak yer...


Kelebihan Set Berpuasa Shaklee?

Set Cergas sepanjang masa

MANFAAT SETIAP VITAMIN

1. MEAL SHAKE SHAKLEE

Membekalkan multivitamin yang diperkayakan dengan protein lengkap dengan 9 jenis asid amino, kalsium, magnesium dan vitamin D untuk keperluan minda, tumbesaran serta untuk tulang dan gigi yang sihat.Sebagai milk booster ibu menyusu.


2. PERFORMANCE DRINK SHAKLEE

Minuma isotonik semualajadi rendah sodium dan gula. Mengawal dan mengurangkan kehilangan bendalir yang menyebabkan tubuh cepat letih dan mengelakkan penyahhidratan. Juga mengekalkan kelembapan kulit.

3. ESP

Membekalkan tenaga berpanjangan. Mengurangkan rasa lapar keterlaluan. Sebagai Milk Booster bagi ibu menyusu. Mencantikkan walaupun tak bermekap sakan semasa berpuasa. Diperkaya dengan kalsium untuk mengurangkan keasidan soya. Jadi mengurangkan risiko serangan gastrik bagi pesakit gastrik ketika berpuasa.

Sesuai untuk ibu hamil, memastikan tidak lapar melampau sepanjang berpuasa.


Set berpuasa shaklee juga rendah glisemik, sodium dan kolestrol membuatkan set ini sesuai dinikmati oleh pelbagai golongan umur, pesakit-pesakit kanser, penghidap gastrik, anak-anak yang baru belajar berpuasa dan juga sangat-sangat sesuai dinikmati dikala anda lambat bangun tidur tak sempat nak masak atau makan sahur.

Amalkanlah.. jom kita tengok testimoni pengguna pula :D







credit


Jika berminat nak dapatkan SET BERPUASA  sekarang..boleh hubungi :
FB : Zainab Mat rani
Page : ZnZ Abadi Store
Email : zulzai05@gmail.com
Phone : 01-3954394



** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. ------------------------------------------------------------------------------------------------------------ Berminat? Hubungi, Whatsapp atau SMS saya di 017-3954394 Fanpage : ZnZ Abadi Store http://znzabadistore.blogspot.com/

Thursday 10 July 2014

Cara2 mudah buat masker dari rumah ( Homemade Masker gituuu )

Jom buat masker dari rumah yang paling simple tetapi BERKESAN !!

Sebenarnya senang sangat nak buat masker nie..rajin @ malas je nak buat..Kalau saya sendiri..bila datang mood rajin tu..saya ambik sedikit ESP,Vitamin C 1biji & Vitamin E 1 biji..Bancuh jer semua tu & tempek je kat muka sebelum tido..tunggu hingga kering dan muka rasa tegang..dah boleh basuh..Hasilnyaaa..memang muka rasa fresh & lembut sangat2..semudah step 1,2,3 pulak kan? :D
Pantang larang masker ni satu jer – kena konsisten!
Kalau nak hasil terbaik, tak boleh malas-malas lah kan? Kalau nak kulit gebu & cantik pun malas, tak leh nak kata apa laa :P

Kalau paling MALAS sangat pun..ambik jer Vitamin C...Cara2nya boleh rujuk kat gambar di bawah nie :












Jom kita tengok kelebihan MASKER VITAMIN C SHAKLEE :))

~ Meransang penghasilan kollagen pada kulit
~ Menegangkan kulit muka
~ Mengecutkan jerawat
~ Mencerahkan muka
~ Menyegarkan wajah yang kusam tak bermaya

Fungsi Vitamin E pulak teman sejati jika jerawat bertandang. Takde can (baca chance) la jerawat nak bertenggek lama-lama kat muka. Sehari terus hilang, sekali dengan parut hilang!
Kalau nak blusher kan muka pulak, yang Chewable Vitamin C tu, rendam jap dalam air, pastu sapu- sapu kat muka. Waahh rasa segar. Lepas kering dalam 2- 3 jam tu, cuci. Esoknya nampak lah pipi kemerah-merahan. Jimat duit beli mekap. Ahaks :D
Tapi walaupun cam best pakai masker hari-hari, kita tak boleh kerap sangat. Takut kulit kita jadi stress dan terlalu kering. Tak pasal- pasal nanti tak dapat kesan kulit berseri seperti yang kita idamkan.
Bahan-bahan dapur yang boleh juga kita buat masker termasuk lah telur putih, madu, susu, plain yogurt. Kemudian kita bancuh bersama ESP, Collagen,Vivix, atau Vitamin E.
Setiap bahan masker homemade ni, masing- masing ada fungsi tersendiri. Jadi boleh pilih nak guna bahan mana satu untuk buat masker:
  1. Yogurt – melembapkan kulit
  2. Susu & soya buat sendiri – mencerahkan kulit
  3. Telur – melembapkan kulit, menghilangkan kedut, mencerahkan kulit
  4. Tembikai – mengecilkan liang pori- pori, merawat sunburn
  5. Tomato – melembapkan kulit, bagus untuk kulit berminyak, yang ada blackhead dan jerawat (acne)
  6. Pisang – menyegarkan kulit, melembutkan kulit, menghilangkan jerawat di muka dan freckles
  7. Lemon – merawat kulit kusam

Langkah2 membuat Masker menggunakan Vitamin Natural Shaklee ( Vitamin C,Vitamin E )
langkah 1
Langkah 2
Langkah 3
Langkah 4
Dah boleh tempek2 kat muka hingga kering..Biarkan dalam 20~30 minit..Barulah cuci muka hingga bersih...
Taraaaa...dah siap home made masker yang ummpphhh !!!


Macam mana senang sangat kan nak buat masker nie..sesiapa yg berminat nak cuba jugak tapi masih belum ada Vitamin C& E nie..boleh order dengan saya @ hubungi saya Pn Zainab di 017-3954394



** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------ Berminat? Hubungi, Whatsapp atau SMS saya di 017-3954394 Fanpage : ZnZ Abadi Store http://znzabadistore.blogspot.com/