Monday 19 May 2014

Petua Mudah Bersalin

Kat sini saya nak kongsikan beberapa petua supaya mudahkan proses bersalin...Kita cuba sedaya upaya yg mungkin..in shaa Allah dengan izin Nya..akan menjadilah hasilnya...

PETUA SEBELUM BERSALIN 

  • Elakkan mengangkat benda-benda terlalu berat kerana boleh menyebabkan rasa mual dan hendak muntah. Elakkan 'melompat' dari kati selepas bangun tidur.
  • Amalkan pemakanan yang mengandungi asid folik yang baik untuk pertumbuhan otak bayi dan badan ibu.
  • Sesetengah ibu mengalami gejala gusi lembut dan mudah berdarah. Pilihlah berus gigi dari jenis yang lembut. Banyakkan memakan sayur, buah dan yogurt. Elakkan makan buah nenas atau buah peach kerana boleh menjadi punca keguguran.
  • Pastikan mengambil vitamin & kalsium yang mencukupi untuk ibu  & bayi dalam kandungan.

Petua Mudah Bersalin : Minum Minyak Tanak

Semasa kandungan berusia 6 bulan minum minyak tanak ( santan kelapa tua yang ditanak sehingga menjadi minyak) sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Bila kandungan mencapai 9 bulan amalkan meminum setiap hari. Kadar minyak satu sudu teh. Boleh juga membeli ubat mudah bersalin yang dijual di Homeopathy.

Petua Mudah Melahirkan Anak : Telan Telur Ayam

Supaya mudah bersalin, telanlah sebiji telur ayam kampung mentah setiap pagi seminggu sebelum waktu untuk melahirkan anak..Ini adalah cara tradisi kampung..terpulang pada ibu2 untuk memilih cara masing2..

*Melakukan senaman ketika hamil juga membantu memudahkan proses bersalin.


PETUA SELEPAS BERSALIN

Luka Bersalin
Bagi ibu-ibu yang baru bersalin, petua untuk menyembuhkan luka dengan cepat seperti berikut :-
 

  1. Rebus segenggam daun jambu batu muda sehingga mendidih. Apabila suam, gunakan air ini untuk mencuci di bahagian sulit. Lakukan dua atau tiga kali sehari hingga luka sembuh.
  2. Ikan haruan dipotong dan dicuci bersih. Rebus bersama halia, beberapa biji lada hitam dan sedikit garam. Makan bersama nasi atau dibuat sup.
  3. Rebus gamat dengan air yang banyak hingga mendidih. Sejukkan dan minum airnya atau sapukan di tempat yang luka.
  4. Campurkan biji kani, halia, akar kayu dengan air. Rebus kesemua bahan tadi sehingga mendidih. Dalam keadaan masih panas(suam), minum air rebusan tersebut. Amalkan setiap hari.
  5. Minumlah air rebusan daun pegaga setiap hari. Selain daripada direbus, daun pegaga juga boleh dibuat ulam. Makanlah bersama garam dan lada hitam yang ditumbuk halus.

Membanyakkan Air Susu Badan Selepas Bersalin
Jika anda mengalami masalah kekurangan air susu badan terutama selepas bersalin, amalkan petua ini:
 

  1. Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setaip hari.
  2. Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari.
  3. Parut lobak putih dan kisar hingga halus. Campurkan dengan satu gelas air suam. Minum dua kali sehari.
  4. Rebus jantung pisang dan makan sebagai ulam dengan nasi.




Sumber: Harian Metro

Petua2 diatas adalah antara beberapa cara untuk membantu ibu2 diluar sana yang masih keliru tentang kehamilan & proses bersalin..teruatama yg baru kali pertama hamil...
Antara cara lain yg lebih mudah,simple& berkesan ialah mengamalkan supplement yg natural...Nak tau apakah supplement tersebut..klik sini yer..

Boleh hubungi saya melalui:

FB : Zainab Mat Rani
sms/whatsapp : 017-3954394
email : zulzai05@gmail.com
Page : ZnZ Abadi Store

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Berminat? Hubungi, Whatsapp atau SMS saya di 017-3954394 Fanpage : ZnZ Abadi Store http://znzabadistore.blogspot.com/