Thursday 22 May 2014

Petua elak kencing malam

Kebiasaannya kanak2 yang normal berusia 2tahun ~ 3tahun tidak kencing pada waktu malam iaitu ketika sedang lena tidur..Akan tetapi hanya beberapa kanak2 je yg mengalami masalah kencing malam termasuklah anak sulong saya..Sekarang dah berusia 8tahun.Risau tu memang lah risaukan sebab takut ada penyakit ke apa..Saya ada jugak berjumpa & tanyakan pada doktor adakah ianya salah satu penyakit??

Doktor beritahu tiada masalah apa2 pun..So,rasa lega sikit la masa tu..Tapi,itulah..hari2 kena basuh tilam & selimutnya..Macam2 cara jugak saya cuba usahakan..antaranya sapu ubat kat bawah pusat,terbalik@ angkat kaki ke atas..Tapi itu semua tiada hasil :(:(

Setelah di search kat google..terjumpalah beberapa tips yang boleh dikongsikan dengan ibu2 yang senasib dengan anak saya :)

Boleh cuba guna TIPS ini :
"Sekiranya anak anda sering kencing malam,berilah dia makan satu sudu kecil madu yang dicampurkan dengan sedikit perahan lemon. Amalkannya pada waktu pagi dan sebelum tidur. Semoga anak kecil anda berhenti kencing malam.."
simple je kan,nnt bolehlah ibu cuba..
DOA ELAK KENCING MALAM

Penyebab kencing malam:

  • Ruang pundi kencing yang kecil.
  • Gangguan tidur. Kebanyakan mereka yang kencing malam dikatakan tidur terlalu nyenyak. Walau bagaimanapun tiada bukti yang kukuh untuk menyokong pernyataan ini.
  • Kurang penghasilan hormon yang dipanggil vasopressin semasa tidur.Vassopressin adalah penting untuk mengurangkan penghasilan kencing diwaktu malam.

TIPS menangani masalah kencing malam

  • Jangan benarkan anak anda minum 2 atau 3 jam sebelum tidur.
  • Disiplinkan anak anda untuk membuang air terlebih dahulu sebelum tidur.
  • Pada waktu malam, pastikan laluan untuk anak anda ke bilir air diterangi lampu & tidak salah juga jika membiarkan lampu bilir air terpasang, terutamanya bagi kanak-kanak yang takut pada kegelapan.
  • Kejutkan anak anda untuk bangun & buang air selepas 2 atau 3 jam mereka tidur. Ini adalah teknik latihan yang berpanjangan supaya mereka terbiasa dengan rutin tersebut.
  • Gunakan sistem ganjaran atau penghargaan. Setiap kali anak anda bangun tidur tanpa membasahkan tilam mereka, puji & berikan mereka sedikit ganjaran supaya mereka bangga & sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri.
  • Jangan hukum atau memarahi mereka. Kanak-kanak yang kencing malam tidak melakukannya dengan sengaja. Jadi tugas kita adalah untuk sama-sama menangani masalah tersebut.
  • Beritahu anak anda kenapa mereka tidak boleh kencing ditempat tidur. Ajar mereka tentang kebersihan, hukum najis, tentang kuman yang mudak membiak, tilam yang berbau busuk & sebagainya lagi.
  • Alas tilam dengan plastik atau pad yang lebar seperti yang selalu di gunakan di hospital-hospital.
  • Luangkan sedikit masa bersama anak-anak sebelum mereka tidur. Berikan pelukan atau belaian. Ini bukan saja dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan, malah dapat menjadikan kanak-kanak itu lebih tenang & meransang perkembangan otak mereka semasa tidur.
  • Paling penting, ibubapa haruslah bersabar & sentiasa berfikiran positif. Adakalanya untuk menghentikan tabiat kencing malam ini agak memakan masa, jadi berilah anak anda peluang. Sikap kurang sabar ibubapa hanya akan memberi tekanan kepada anak-anak tersebut.
  • Jika anak anda masih kencing malam pada usia 6 atau 7 tahun, bawalah mereka berjumpa doktor bagi tujuan pemeriksaan kesihatan. Ini untuk memastikan mereka tidak mempunyai masalah jangkitan pada pundi kencing.
Sumber:


Oppsss..sebelum nak undur diri kat entry nie..ingin saya beritahu kat kawan2 jika masih ada yang mencari SET ANAK BIJAK & LAIN VITAMIN YG NATURAL...

Jika berminat dgn Set2 yg Terhebat & Terpilih..hubungi saya di :
FB ( Zainab mat rani )
PAGE ( ZnZ abadi Store )
EMAIL  ( zulzai05@gmail.com )
PHONE ( 017-3954394 )
BLOG ( http://znzabadistore.blogspot.com/ )
BEST CONSULTATION !!!


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. ------------------------------------------------------------------------------------------------------------ Berminat? Hubungi, Whatsapp atau SMS saya di 017-3954394 Fanpage : ZnZ Abadi Store http://znzabadistore.blogspot.com/

2 comments: