Thursday, 8 May 2014

Pengalaman ibu2 hamil ketika bayi "mengeras"

Minggu ni dah masuk 36 minggu kandungan ku...alhamdulillah..sihat2 jer dan rasa gembira sangat2 sebab pregnant kali nie aku tak perlu nak kena ulang alik ke klinik 4x sehari utk test BSP ( Blood Sugar Profile ) seperti kandungan yg sebelum nie.Tapi bukan itu yg saya nak ceritakan entry kali nie..
Saya nak kongsikan tentang pergerakkan bayi yg semakin rancak & selalu mengeras hinggakan  merasa tidak selesa.Apatah lagi ketika nak tidur & banyak berjalan di siang hari.Nak tau cara tidur yg betul semasa hamil..klik disini.
Sejak perut ku rasa macam mengeras jer tak selesa baring tegak rasa berat baring mengiring rasa lemas dicampur pula rasa cam sesak nafas lak tapi tak ada lah teruk sangat just rasa susah nak bergerak coz perut keras macam ada batu..Kenapa situasi ini berlaku??
So,saya google nak tau jawapannya>>>>Jawapan mendapati kenapa perut mengeras ketika hamil adalah seperti berikut;

Branxton Hicks (pengecutan rahim) - Ketegangan diperut yang selalu terjadi 2-3 kali dalam masa satu jam iaitu lebih kerap dari biasa dan tidak berasa sakit tetapi merasa tidak selesa biasa nya berlaku semakin dekat jangka bersalin makin kuat ia berlaku.
Ada juga berlaku dimana contraction awal berlaku seawal 5 bulan akan menyebabkan kelahiran Pra-matang.
Apabila kehamilan anda semakin sampai ke penghujungnya, anda akan mula perasan ketegangan pada perut anda. Ia dipanggil kontraksi Braxton’s Hick dan salah satu simptom kehamilan yang kerap terjadi kepada wanita hamil.
Ia selalunya terjadi 2-3 kali setiap jam dan dalam 1-2 min setiap kali. Braxton Hicks dinamakan sempena sempena pakar perubatan yang mula menjumpainya pada tahun 1972.
Ia terjadi seawal 6 minggu kehamilan akan tetapi ramai wanita tidak menyedari kewujudan kontraksi ini kerana ia sangat ringan dan singkat.
Apabila kandungan anda semakin berusia, kontraksi ini akan menjadi semakin kerap dan kuat dan kadang-kadang ia menyakitkan. Ia sebenarnya menyediakan ibu hamil kearah kelahiran dengan menolong melembutkan serviks dan menyenangkan ia untuk terbuka semasa proses bersalin.

Bagaimana Rasanya Kontraksi Braxton Hick Ini?

Sesetengah wanita tidak merasa sakit langsung namun ada segilintir yang merasa BH yang lebih kuat. Selalunya ia tidak menyakitkan, atau wanita mungkin merasa sedikit tidak selesa dan memberi gangguan pada mereka. Semakin dekat kepada tarikh jangka bersalin, semakin kuat BH ini berlaku.
Kontraksi BH tidak teratur dan datang sekali-sekali dan selalunya dengan tiba-tiba. Ia datang dalam masa yang singkat dan jarang berterusan selama beberapa jam.
Semasa kontraksi BH ini, perut menjadi tegang dan keras kadang-kadang ibu mungkin terasa sakit pada tengah perut hingga ke ari-ari.
Anda mungkin perasaan yang kontraks ini lebih kerap terjadi apabila:
  • Bayi bergerak dengan aktif
  • Semasa senaman atau membawa barang berat
  • Mengurut perut
  • Semasa hubungan seks
  • Dehidrasi

Apa Yang Membezakan BH dan Kontraksi Kelahiran Sebenar?

Ramai wanita bimbang yang mereka tidak dapat membezakan BH atau tanda-tanda kelahiran. Ini adalah perbezaannya:
  1. Kontraksi BH tidak menjadi semakin kuat berbeza dengan sakit bersalin. Sakit bersalin menjadi semakin kuat dan kerap manakala BH akan hilang akhirnya
  2. BH tidak teratur dan berlaku sekali-sekala. Sakit bersalin berlaku dengan lebih teratur dan semakin kuat.
  3. Kontraksi BH tidak menyebabkan kesakitan cuma tidak selesa tidak sebagaimana sakit bersalin


Tip Untuk Kekal Selesa Semasa Kontraksi BH

  1. Tukar aktiviti atau posisi sekiranya anda merasa yang kontraksi BH akan datang
  2. Rehat lebih lama. Minum air dan baring pada sebelah kiri badan
  3. Minum air secukupnya. Dehidrasi menyebakan otot mengecut dan menyebabkaan kontraksi BH
  4. Buang air kecil dengan lebih kerap. Pundi kencing yang penuh boleh menyebabkan BH.
  5. Amalkan teknik pernafasan. Pernafasan yang dalam dan berirama akan mengurangkan ketidakselesaan
credit

Bagi ibu2 yg sedang merasa apa yg ku rasa sekarang..semestinya saat untuk bersalin tak sabar nak ditunggu-tunggukan !!
Doakan semoga saya selamat bersalin & dikurniakan bayi yg sihat & comel...

Oppss..sedikit pesanan..jika ada ibu2yg masih tercari2 SET BERPANTANG yang modentapi hasilnya seperti tradisional...Jangan segan2 hubungi saya okey.. :)
Pn Zainab Mat Rani
No Telefon : 017-3954394
Email : zulzai05@gmail.com
Pag : ZnZ Abadi Store


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Berminat? Hubungi, Whatsapp atau SMS saya di 017-3954394 Fanpage : ZnZ Abadi Store http://znzabadistore.blogspot.com/

15 comments:

  1. Ramai yg tertukar braxton hicks dan contraction nk bersalin :).. Kalo ragu2 elok ke hospital je :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa kalau anak sulong memang tidak dpt bezakan..mmg kalau dah rasa sakit sikit boleh g hospital terus..kalau dah sampai duenya.

      Delete
  2. Saya ni tgu hari je..., start semalam kontraksinya makin kerap dan agak teratur, bb mmg dh turun pun, tapi tanda xda lagi, asyik cirit je....,

    ReplyDelete
  3. Saya ni tgu hari je..., start semalam kontraksinya makin kerap dan agak teratur, bb mmg dh turun pun, tapi tanda xda lagi, asyik cirit je....,

    ReplyDelete
  4. Cm sy ni ank kedua, tp y 1st sy xsempat nk merasanya seb operate 36 weeks.., yang ni dh nk 40minggu esok lusa.. Dr smlm lagi duk skit2..tp sy xth yang ni y sbnr atau palsu...

    ReplyDelete
  5. Cm sy ni ank kedua, tp y 1st sy xsempat nk merasanya seb operate 36 weeks.., yang ni dh nk 40minggu esok lusa.. Dr smlm lagi duk skit2..tp sy xth yang ni y sbnr atau palsu...

    ReplyDelete
  6. Saya dah 33minggu.. Kerap sgt perut mengeras minggu nie.. Tak kan kontraksi sebenar... Awal lagi kot..

    ReplyDelete
  7. Saya pula 38mggu 4 hari..smlm sy pergi hospital dh..n diaa org cakap perkara biasa je..bukan contractions.
    Sakit nye mgeras ni tak dapat tahan..ak ptama normal bsalin kedua ceasar..Dan INI yang ketiga..doc cakap bsalin normal boleh..tp sakit mgeras ni mmg tak leh tahan..tukar posisi pun sama saje.

    ReplyDelete
  8. Saya pula 38mggu 4 hari..smlm sy pergi hospital dh..n diaa org cakap perkara biasa je..bukan contractions.
    Sakit nye mgeras ni tak dapat tahan..ak ptama normal bsalin kedua ceasar..Dan INI yang ketiga..doc cakap bsalin normal boleh..tp sakit mgeras ni mmg tak leh tahan..tukar posisi pun sama saje.

    ReplyDelete
  9. Btl lah kan... bila mengeras buat kita tak selesa...

    ReplyDelete
  10. Saya pulak sekarang 36 minggu .. mengeras kadang kandang x leh nak beza kan BH atau contractions.. takut plakk rasa nya

    ReplyDelete
  11. Saya pulak sekarang 36 minggu .. mengeras kadang kandang x leh nak beza kan BH atau contractions.. takut plakk rasa nya

    ReplyDelete
  12. Saya pulak sekarang 36 minggu .. mengeras kadang kandang x leh nak beza kan BH atau contractions.. takut plakk rasa nya

    ReplyDelete