Wednesday 28 August 2013

Masalah Hormon & Ketidaksuburan Suami Isteri


Masalah ketidaksuburan bukanlah masalah biasa lagi apabila 10 peratus daripada setiap populasi negara menghadapinya.

Setiap 10 pasangan yang sudah berkahwin, satu pasangan pasti mengalami masalah ketidaksuburan.

Namun, masyarakat sering menuding jari kepada wanita atau isteri apabila memperkatakan soal kemandulan atau penyebab tiada zuriat walhal peratus punca ketidaksuburan lelaki dan perempuan adalah sama banyak.

Dalam lima pasangan yang mempunyai masalah ketidaksuburan, dua daripadanya berpunca daripada perempuan, dua daripada lelaki manakala satu lagi merupakan gabungan lelaki dan wanita.

Pakar Runding dan Bedah Urologi Pusat Perubatan Tropicana, Dr. Muhilan Parameswaran berkata, masalah ketidaksuburan lelaki lebih sukar dirawat berbanding dengan wanita.

“Masalah ketidaksuburan lelaki boleh dibahagi kepada tiga punca utama iaitu hormon, sperma dan penis.

“Tidak ada cara untuk seseorang mengetahui sendiri dirinya mempunyai masalah ketidaksuburan melainkan mengalami kecacatan pada penis sejak lahir.

“Pasangan yang tidak mempunyai anak setelah setahun berkahwin ataupun enam bulan bagi yang berusia 35 tahun ke atas perlu merujuk pada doktor.

“Pakar sakit puan akan memeriksa wanita dan lelaki pula akan dihantar kepada pakar urologi.

“Ada masalah ketidaksuburan yang boleh dirawat tetapi semakin sukar jika lambat diambil tindakan kerana faktor usia wanita," ujarnya.

Terang Dr. Muhilan, kira-kira 40 peratus sahaja masalah kesuburan lelaki yang boleh dirawat.

Namun, ia bukan masalah untuk mempunyai anak kerana ada cara lain boleh dilakukan seperti rawatan permanian beradas (intrauterine insemination) atau persenyawaan in-vitro (In-vitro fertilization, IVF).

Hormon

Wanita sering dikatakan mempunyai masalah tidak subur berpunca daripada gangguan hormon, begitu juga dengan lelaki.

Jika hormon pembebasan Gonadotropin (GnRH) yang dibebaskan daripada kelenjar pitutuari yang berada di bahagian kepala tidak mencukupi, ia tidak dapat merangsang testis menghasilkan sperma dan matang.

Ujar Dr. Muhilan, gangguan pada hormon sering berlaku bagi mereka yang mengambil steroid dalam jangka masa panjang.

Penggunaan steroid berpanjangan akan menyebabkan testosteron tidak dapat dihasilkan lalu membuatkan testis mengecut.

Jika rawatan radiasi dan kimoterapi pernah dilakukan pada bahagian otak, ia turut mengganggu hormon lelaki.

Selain itu, ada yang mengalami masalah hormon sejak lahir lagi.

Sperma

Ada pesakit yang tidak mempunyai masalah hormon apabila ia dapat merangsang testis menghasilkan sperma, tetapi sperma yang dihasilkan tidak cukup, tidak berkualiti atau ada yang cacat.

Terang Dr. Muhilan, bilangan sperma yang normal adalah 60 juta setiap sentimeter padu dan mereka yang mengeluarkan kurang daripada 20 juta sperma disahkan mempunyai masalah kesuburan.

Kekurangan jumlah sperma itu akan mengurangkan peluang persenyawaan dan kehamilan.

Sperma yang terlalu sedikit dihasilkan dinamakan oligospermia manakala masalah ketiadaan sperma pula digelar azoospermia.

Penyakit seperti perkembangan beguk selepas akil baligh boleh merosakkan sel-sel yang menghasilkan sperma begitu juga penyakit lain seperti demam yang terlalu panas dan jangkitan pada testis.

Selain masalah genetik seperti kecacatan genetik sejak lahir iaitu mempunyai satu testis sahaja, faktor luar juga mempengaruhi jumlah dan kualiti sperma.

Antaranya memakai pakaian terutamanya seluar dalam yang ketat kerana jumlah sperma akan jatuh jika testis berada dalam keadaan panas.

“Ramai yang tidak tahu dengan selalu meletakkan komputer riba di riba turut mengurangkan sperma kerana haba yang dihasilkan.

“Pengambilan dadah seperti kokain turut mengurangkan produksi sperma.

“Selain itu, ada ubat-ubatan yang mengganggu pengeluaran sperma seperti ubat darah tinggi iaitu calcium channel blocker dan ubat kulat," ujarnya.

Bagi kes sperma cacat, walaupun persenyawaan berlaku, badan wanita akan secara semulajadi menggugurkannya.

Penis

Jika bukan hormon atau sperma yang menjadi punca ketidaksuburan, masalah lain mungkin berpunca daripada penis yang bermasalah.

Sperma yang terhasil tidak dapat keluar melalui penis akibat beberapa kerosakan atau kecacatan.

“Ada kes, vas deferens iaitu laluan keluar sperma tidak wujud membuatkan sperma tidak dapat keluar.

“Vas deferens yang tersumbat juga mungkin berpunca daripada penyakit kelamin atau tibi," ujarnya.

Selain itu, jika buah zakar bayi lelaki tidak berpindah ke tempat sepatutnya yang digelar cryptochildism akan mempengaruhi kesuburan lelaki pada masa depan.

Masalah lain seperti kanser testis, pembedahan atau kecederaan pada penis yang menyebabkan saluran darah ke penis pecah boleh menyebabkan kemandulan.

Rawatan

Setiap pasangan yang sudah setahun berkahwin atau enam bulan bagi mereka berusia 35 tahun ke atas yang masih belum mendapat zuriat dinasihatkan berjumpa dengan pakar.

Pakar ginekologi akan memeriksa sistem reproduktif wanita dan lelaki pula akan dirujuk dengan pakar urologi.

Terang Dr. Muhilan, hormon, sperma dan penis pesakit akan diperiksa melalui beberapa ujian.

“Kira-kira 30 hingga 40 peratus sahaja masalah ketidaksuburan lelaki boleh dirawat kerana seperti masalah genetik, ia tidak dapat dirawat.

“Doktor selalunya menasihati pesakit terus menjalani rawatan kesuburan seperti IVF dan IUI dengan mengambil sedikit sperma untuk dilakukan persenyawaan.

“Ini kerana faktor masa. Proses rawatan kesuburan mengambil masa sehingga tiga bulan iaitu tempoh matang sperma bagi mengetahui masalahnya.

“Wanita pula semakin berusia semakin berkurangan telur dihasilkan, mengurangkan peluang untuk hamil dan risiko anak sindrom Down," terangnya.

Bagi rawatan hormon, doktor akan memberi suntikan hormon bagi meningkatkan tahap kesuburan dan isteri akan mencapai kehamilan.

Sama seperti masalah sperma, doktor akan memberikan ubat-ubatan bagi membantu penghasilan sperma.

Jika vas deferens tersumbat, doktor akan melakukan pembedahan dan membaiki saluran tersebut.

Bagi masalah ketiadaan vas deferens pula, doktor akan melakukan pembedahan mengeluarkan sperma lalu melakukan proses persenyawaan seperti IUI atau IVF.

 credit to:http://anizyn.blogspot.com/2013/02/masalah-ketidaksuburan-punca-utama.html

Untuk mendapatkan rawatan yg optimum..anda boleh mengamalkan SET SUBUR Shaklee

Ramai yg telah berjaya hamil....
Alhamdulillah...

 
 
Berminat??
Boleh hubungi saya di : 017-3954394 ( Pn Zainab Mat Rani )
Page : Z n Z Abadi Store
Blog : Ibnurani-Healthy.blogspot.com

Thursday 15 August 2013

Minyak Ikan Terbaik di Dunia ~>>>> Omega Guard Shaklee

 
asid lemak omega 3
 
Apa itu Omega Guard??
 
Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang di temui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang diperolehi melalui pemakanan.
Shaklee OmegaGuard merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan.
Satu hidangan OmegaGuard menyediakan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA.
 

OMEGA GUARD (ASID LEMAK OMEGA 3)

Kenapakah ianya selalu disebut sebagai makanan paling sihat di dunia? Walaupun namanya lemak tapi dia sihat tau! Lemak sihat ini banyak kebaikannya dalam mencegah pelbagai penyakit antaranya penyakit berkaitan kardiovaskular, asma, tekanan dan rheumatoid arthritis.

MAKANAN YANG MENGANDUNGI ASID LEMAK OMEGA 3

  • salmon
  • walnut
  • sardin
  • Flaxseeds
  • Soy Bean
  • Tuna
  • Tofu

KEBAIKAN OMEGA GUARD (ASID LEMAK OMEGA 3)~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

  • Fungsi penting dalam pembentukan hormon prostaglandins. Hormon prostaglandins ini berfungsi menyeimbangkan tekanan darah, blood clotting, keradangan dan fungsi buah pinggang.
  • EPA dan DHA dalam siet wanita hamil akan memberi kesan positif terhadap perkembangan kognitif dan visual bayi.
  • Pengambilan tinggi omega 3 semasa kehamilan boleh mengurangkan risiko alahan pada bayi.
 

Ramai yang mengambil Omega Guard Shaklee dengan pelbagai tujuan. Kerana ianya memang mengandungi banyak kelebihan.
 
*Kaum Ibu2 ~ mengambilnya untuk bekalan DHA diri sendiri maklumlah sudah melahirkan dan mempunyai anak kadang-kadang daya ingatan juga semakin kurang. Maka Omega guard juga adalah penyelesaiannya.
 
 *Obesiti @ Gemuk ~ mengambil Omega Guard Shaklee untuk diet kerana ianya bagus untuk penyingkiran kolesterol dalam badan.
  • Omega 3 fats membantu anda menahan lapar dan menstabilkan gula di dalam darah
  • Pengambilan omega membantu pembakaran lemak ketika bersenam atau melakukan kerja  yang   mengeluarkan peluh
  • Kajian di Jepun dan Republik Czech pula mencadangkan Omega-3 fats menghalang pembentukan lemak tubuh yang hodoh. Kajian yang sama turut mencadangkan Omega-3 fats menggalakkan pembakaran lemak dalam tubuh
  •  

    Lagi...dan  lagi... manfaat Omega Guard!!!
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    1. mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon wanita PMS
    2. melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
    3. mncegah salur darah dari tersumbat
    4. mengelakkan strok
    5. mengekalkan tekanan normal darah
    6. membantu mengurangkan ketegangan urat di leher
    7. mengurangkan sakit kepala
    8. merendahkan kolestrol
    9. mencegah pembekuan darah dalam badan
    10. kekalkan tahap kesihatan triqliserida dan kolestrol LDL
    11. mengawal masalah obesiti
    12. mengurangkan risiko sakit jantung
    13. sangat bagus untuk ibu hamil - membantu pembentukan pembesaran otak janin
    14. meningkatkan perkembangan otak janin dan kanak--kanak
    15. meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus utk kanak-kanak
    16. membantu menyihatkan paru-paru
    17. membaiki masalah kulit spt eczema
    18. mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepitisis, SLE
    19. membantu membaiki buah pinggang
    20. membantu menentang kanser payudara, paru-paru, kanser prostat, dan kanser kolon.
    21. membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan
    22. membantu pankreas pesakit kanser berfungsi lebih baik
    23. memelihara fungsi-fungsi sendi
    24. mencegah penyakit gout

     

     
    Antara testimoni Omega Guard.

     



                                                       


    Berminat nak order??
    Boleh pm@sms@whatsapp saya ~ 017-3954394 ( Zainab Mat Rani )
    page : Abadi Z n Z Shaklee
    Blog : Ibnurani-healthy.blogspot.com


    Friday 2 August 2013

    Pemakanan untuk Kesuburan


    APAKAH makanan terbaik bagi wanita yang belum hamil untuk menguatkan rahim, memperbanyakkan telur yang matang, subur dan cepat hamil?

    cara tingkatkan kesuburan

    Apakah jenis makanan yang harus dielakkan oleh wanita yang belum hamil demi menjaga kesuburan, telur dan rahim? 
    Saya juga ingin tahu mengenai makanan terbaik untuk ibu hamil dan makanan yang harus dielakkan oleh mereka. 
    ALLESYA,
    Johor. 

    PEMAKANAN segar dan berkhasiat yang diambil berpandukan keperluan kalori serta mengikut piramid makanan adalah pilihan terbaik. 

    Istilah ‘menguatkan rahim’ adalah istilah yang tidak tepat atau pasti kerana rahim terbentuk daripada tiga lapisan otot yang sememangnya kuat untuk mengembang sepanjang kehamilan dan mengecut sewaktu kelahiran serta kembali kepada saiz asal dalam waktu berpantang. 

    Mungkin apa yang dimaksudkan adalah lapisan terdalam rahim yang me­nyalurkan makanan kepada kandungan. Sewaktu kehamilan, lapisan endo­metrium ini dinamakan desidua, namun kemudiannya bekalan makanan janin bergantung kepada uri dan ibunya. 

    Begitu juga dengan persoalan mengenai makanan yang membanyakkan telur matang. Wanita dilahirkan dengan sejumlah telur yang tidak akan bertambah lagi bilangannya. Pada setiap kitaran haid bagi wanita subur, hanya satu sahaja telur matang manakala sekumpulan yang lain akan mengalah dan pupus. 

    Keadaan ini berlaku sehingga menopaus yang mana tiada lagi telur dikeluarkan. Pengambilan ubat hormon kesuburan bertindak merangsang kumpulan telur supaya lebih banyak yang matang, bergantung kepada jenis dan dos ubat hormon berkenaan. 

    Tanpa ubat hormon kesuburan, ramai wanita subur ini hanya menghasilkan satu sahaja telur matang. Bagi wanita yang kurang subur ovarinya pula, tiada telur matang dihasilkan dalam kitaran terbabit. 

    Segelintir wanita yang tidak mengambil ubat kesuburan didapati hamil kembar (tidak seiras), ia lebih berlaku kepada wanita yang lebih berusia, tanpa mengira pemakanan mereka. 

    Amalan mengelakkan makanan ‘tajam’ atau ‘sejuk’ juga lebih berdasarkan kepercayaan masyarakat, kesahihannya daripada sudut perubatan moden belum terbukti. 

    Pada pendapat saya, tidak salah mengelakkan makanan terbabit sewaktu kehamilan memandangkan ia bukan makanan ruji kita iaitu tidak menjadikan kita kempunan atau kebuluran jika tidak mengambilnya. 

    Keperluan vitamin juga seharusnya mengikut kadar yang telah digariskan. Bagi sesetengah vitamin (yang bersifat larut air), pengambilannya yang berlebihan dianggap pembaziran kerana ia akan dilupuskan me­ngikut air kencing atau najis. 

    Namun bagi sesetengah vitamin lain (yang bersifat larut lemak), pengambilannya yang berlebihan boleh memudaratkan kita dan memberi kesan negatif kepada sifat janin, contohnya vitamin A. 
    credit to Mymetro