Sunday 2 June 2013

Kepentingan Kalsium Bagi Wanita

Dalam TV kita selalu melihat iklan susu kan? Tambah lagi yang iklan minum susu untuk menjaga kesihatan tulang wanita kan. Tahu tak kita betapa pentingnya kalsium pada wanita?

Mungkin kita selama ini ambil mudah kerana merasakan ala cukuplah tu kalsium yang aku ambil hari-hari dalam makanan harian. Tapi kena ingat bahawa wanita memang menanggung risiko yang tinggi untuk mengalami kerapuhan tulang. Sebab apa? Kerana wanita mengandung, melahirkan anak, menyusukan anak dan datang bulan (period). Betapa banyak kita kehilangan kalsium agak-agaknya?


ibu menyusu badan


Mari kita tengok apa yang boleh berlaku jika kekurangan kalsium dalam badan?

kelebihan kalsium untuk tulang

Boleh nampak kan gambar tulang yang normal.  Ianya padat dan rapat kan. Cuba tengok pula bagi yang mengalami kereputan tulang iaitu sinonim dengan osteoporosis. Tulangnya nampak rapuh dan tidak padat lagi berongga-rongga. Sanggupkah kita membiarkan keadaan ini walaupun kita masih lagi ingin sihat untuk menjaga anak-anak dan keluarga? 

KELEBIHAN KALSIUM SHAKLEE

Panduan untuk anda yang ingin memilih pil kalsium. Pil kalsium mestilah didatangkan bersama-sama dengan magnesium dan Vitamin D. Apa fungsi kedua-dua ini?

MAGNESIUM bertindak sebagai ajen pengangkut kepada kalsium untuk membawanya ke tulang untuk diserap.
VITAMIN D pula bertindak sebagai rakan terbaik untuk bantu kalsium menyerap lebih baik ke tulang.
Jika hanya KALSIUM semata, walau ada banyak tapi tidak berupaya menyerap dalam badan maka anda akan berisiko pula untuk mendapat BATU KARANG.

Jadi buatlah pilihan anda sekarang. Wanita lebih-lebih lagi di zaman sekarang penuh dengan pelbagai tanggungjawab. Jagalah kesihatan untuk masa depan anda dan keluarga.

pentingnya kalsium pada wanita

credit

Testimoni Berjaya Hamil Bersama GLA Complex


GLA Complex Dan Kehamilan


Pagi ni tengah melayan anak makan, tiba-tiba dapat mesej. Macam biasalah tidak expect sesuatu cuma mungkin ini adalah kastemer yang nak order vitamin shaklee.

Tengok mesej, ada berita gembira rupanya.

"Salam dear, hehehe..lupa nak bgtau..saya da pregnant 7 weeks, now saya nak tau la, ada tai supplement yang bagus untuk ibu mengandung yang baru macam saya ni. Untuk elak loya dan bertenaga"


berjaya hamil dengan gla


Alhamdulillah, seorang lagi mereka yang dapat manfaat dari GLA Complex. Kita hanya berusaha, Dia yang bagi rezeki kan. Tapi kalau sekadar ingin spend duit tidak sampai RM100 pun untuk seorang zuriat adakah anda rasa berbaloi? Zuriat tidak boleh dinilai dengan wang ringgit kan. Kalau ada yang fikir 10x untuk cuba GLA ni jika merasakan mahal, taktau la pulak kan. Dari mencuba rawatan yang kosnya beribu-ribu, apa salah kalau mencuba GLA dulu.

Kisahnya kastemer saya ni ambil GLA Complex bulan Januari haritu.  Tidak sia-sia mencuba. Dan tidak rugi beliau mebcuba. Saya tumpang gembira sangat. Yelah bila dengar orang berjaya hamil, kita pula teruja terlebih. Adakah daku juga ingin hamil sekali lagi? Hihiii 

Ramai dah sebenarnya yang berjaya hamil dengan pengambilan GLA complex ni. Ada yang mengambilnya secara individu iaitu isteri sahaja yang ambil. Sebab kadang-kadang isteri mengalami period yang tidak teratur. jadi susah untuk menjangka waktu subur. Pengambilan GLA ini jugak adalah salah satu dari usaha untuk betulkan kembali kitaran period.

Ada juga yang mengambilnya bersama-sama suami. Jika untuk suami amatlah digalakkan untuk mengambil Zink dan Vitamin E. Kenapa ianya perlu diambil oleh lelaki? Kerana kedua-duanya membantu untuk kesihatan sperma dan meningkatkan "sperm count". Kadang ada suami yang bermasalah dengan jumlah sperma yang kurang. Ada juga yang mempunyai sperma yang banyak namun tidak berkualiti. Dari situlah kita berusaha untuk dapatkan kualiti di tahap terbaik.

Saya doakan kastemer saya ini berjaya teruskan kehamilan dengan selamat. Beliau mahu mencuba set untuk ibu hamil pula. Kan dah kata, siapa yang pernah mencuba shaklee sahaja yang akan  terus ingin setia. Tak cuba maka tak cinta. Dah cuba, bertambah-tambah cintanya.

Ada siapa lagi yang mahu cuba GLA Complex? Cepat-cepat sebelum kehabisan..

hamil denagn GLA Complex



credit

Supplement Shaklee Boleh Tambah Susu?


Pil Shaklee Tambah Susu?

Ramai yang terkeliru dan mungkin bila keliru tu adalah kerana penyampaian maklumat yang tidak tepat atau tidak sampai pada dirinya. Rata-rata kita tengok sekarang, banyak distributor shaklee yang menjual set-set vitamin tertentu untuk tambah susukan.

pil tambah susu badan


Sebelum mana-mana ibu membuat pilihan, diri sendiri perlu dahulu mempersiapkan diri dengan ilmu penyusuan. Memanglah di luar sana banyak produk tambah susu tapi adakah ianya umpama kuasa magic yang boleh membuatkan susu jadi banyak mencurah-curah hanya dengan sekali pengambilan vitamin? Lainlah kalau kita ambil pil hormon seperti motilium untuk keluarkan susu walaupun tidak melahirkan, itu pun bersyarat, tetap kena rangsang susu dengan menyusukan pada bayi, tidaklah ianya bila telan sebiji terus datang susu mencurah-curah.

Ilmu breastfeeding bukan datang semulajadi, ianya harus dipelajari. Dan bila kita faham apa konsep pengeluaran susu badan ini dan apa faktor-faktor yang mempengaruhinya, maka amatlah mudah kita nak memahami konsep penyusuan susu ibu itu sendiri.

pil tambah susu


Pertama sekali yang mesti kita faham adalah konsep "demand & supply". Jika kurang permintaan maka kuranglah juga pengeluaran. Contoh ibu malas nak pam susu atau susukan bayi kadang-kadang sahaja, tapi mengharapkan susu badan 8 botol sehari, mustahillah di situ walaupun telan pelbagai pil tambah susu.

Jangan terkeliru dengan pil tambah susu dan juga perkara wajib yang perlu kita buat. Mengepam dan menyusukan bayi secara direct adalah wajib, sementara itu jika ingin mengambil supplement bagi membantu kita dalam penyusuan juga tidak salah. Jika faham konsep demand & supply, ibu tidak akan terkeliru lagi.

Macam set yang dicadangkan untuk ibu menyusu, kenapa kita ada sertakan sekali vitamin b complex dalam tu? Sebabnya vitamin b complex adalah salah satu agen anti stress. Mesti tau pengaruh persekitaran yang boleh mempengaruhi penghasilan susu ibu. Bukankah stress juga akan menyebabkan susu ibu merudum? Jadi dengan pengambilan b complex dapat membantu ibu lebih relax dan tidak stress dengan rutin harian menyusukan yang memerlukan banyak kesabaran. Jadi, buang salah faham yang menyatakan sebab b complex lah susu ibu bertambah banyak, tapi lihat dari sudut pandangan yang lagi satu.

Dalam set tambah susu shaklee juga ada dibekalkan vitalea iaitu sejenis multivitamin. Biasalah dalam seharian seorang ibu yang menyusu, badan mungkin agak lesu ataupun rasa penat kan. Jadi pengambilan multivitamin tidak salah sama sekali, malah ia bagus untuk stamina kita sebagai ibu dan juga isteri yang perlu uruskan rumahtangga. Apa kaitannya dengan tambah susu? Bila kita penat dan lesu, kemungkinan tiada tenaga dan rasa malas untuk mengepam dengan konsisten.  yelah jika terlelap awal, jadual pam sudah jadi tunggang langgang. Dan mungkin dalam sehari hanya satu kali pam walhal sepatutnya 3 jam sekali. Bila jadual pam pun tidak konsiten, maka ia juga mempengaruhi penghasilan susu. Susu badan akan makin lama makin sedikit disebabkan kurangnya rangsangan. Dan sekali lagi konsep demand & supply itu digunakan di sini. 

set tambah susu


Jadi, walau apa pun pilihan kita, dan apa pun pilihan ibu yang lain, jangan cepat menghukum. Mungkin ada ibu yang perlukan vitamin supaya beliau dapat meneruskan penyusuan dengan lebih lancar. Mungkin ada ibu yang tidak perlukan atas sebab tersendiri. Jika vitamin tidak perlu diambil oleh ibu menyusu, masakan berlambak di pasaran keluarnya pelbagai jenis "milk booster". Hakikatnya samada ia serasi dengan tubuh badan seseorang, adalah subjektif. Di harapkan selepas ini, moga jelas kaitan konsep demand & supply dengan pil tambah susu badan sebagai alternatif yang saling memerlukan antara satu sama lain.


credit

Kecacatan Bayi Akibat Kekurangan Asid Folik

Biasa dengar asid folik? Ala pil yang kecil tu biasa doktor akan bekalkan bila ibu mengandung buat checkup dekat hospital. Mungkin ada yang tidak mengetahui atau kurang peka apakah kepentingan asid folik ini. Kecil-kecil cilipadi, tiadanya maka risiko untuk bayi mendapat kecacatan adalah tinggi.

asid folik shaklee



Apakah Itu Asid Folik?

Asid folik adalah salah satu vitamin kumpulan B. Ia wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau seperti bayam, asparagus dan brokoli.

Asid folik menolong mencegah kecacatan tiub saraf seperti spina bifida. Spina bifida terjadi apabila pelindung yang menutupi korda spina bayi tidak menutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal. 

Pada 12 minggu yang pertama dalam kehamilan anda, otak dan sistem saraf bayi anda sedang membentuk dan berkembang pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu. 

Dalam trimester kedua, iaitu dari minggu ke-13 kehamilan anda, anda boleh menghentikan asid folik. Namun begitu, jika anda mengambil asid folik sepanjang kehamilan anda, ia tidak akan menjejaskan kesihatan anda atau bayi anda. 


Sebenarnyaa pengambilan asid folik disarankan diambil 3 bulan sebelum kita merancang untuk mengandung. Dan diteruskan lagi sehingga habis trimester pertama. 

Kenapa Asid Folik Sangat Penting?

Kecacatan tiub neural adalah sangat berkait rapat dengan kekurangan asid folik. Memang ngeri kan jika benda yang boleh dicegah tapi jika ibu mengabaikan pengambilan vitamin, risikonya adalah pada anak. 

Ibu yang tidak mengambil asid folik berisiko 5 kali ganda untuk bayi yang dikandung mengalami kecacatan tiub neural berbanding mereka yang mengambilnya. 

"Vitamin B12 is essential for the functioning of the nervous system and for the production of red blood cells," says Duane Alexander, MD, director of the National Institute of Child Health and Human Development, which funded the study. "The results of this study suggest that women with low levels of B12 not only may risk health problems of their own, but also may increase the chance that their children may be born with a serious birth defect."

Takutkan? Kecacatan ini dipanggil "spina bifida" yang mana boleh menyebabkan bayi lumpuh ataupun anencephaly iaitu otak dan tempurung tidak terbentuk sempurna.




Jadi ibu-ibu mengandung atau bakal ibu jangan ambil mudah bekalan asid folik anda ye. Cegah ianya sebelum terjadi.

credit